KUASA WANG RINGGIT BUKANLAH JAMINAN KEHIDUPAN










Saya pernah katakan dulu. Manusia ini lumrahnya hanya setia pada yang berkuasa. Kalau sudah hilang kuasa, susah orang nak pandang dah.

Walaupun kempen berterusan dibuat di media sosial oleh team media beliau. Dengan segala propaganda, spin dan tipu daya, nampaknya ia tidak berhasil langsung. Kita mula nampak orang dah taknak sokong.

Semalam, yang hadir untuk Majlis Solidariti dengan DSNR hanya 5,000 orang. Itu di Pekan, tuan puan. Bukan di KL. Di tempat dia sendiri pun tak ramai datang.

Hari tu juga, ketika hantar memorandum kepada Agong untuk pengampunan DSNR, hanya lebih kurang 300 orang sahaja. Walaupun kempen menghasut orang turun dah dibuat beberapa minggu lalu.

Petisyan online untuk pengampunan DSNR jugak kita boleh nampak. Dah seminggu hanya 31k menyokong. Berbanding 120k membantah. 4 kali ganda bezanya.

Makanya jangan la tertipu dengan jumlah “like” dan “share” mereka. Atau ramainya akaun cytro dia. Itu semua boleh dibeli jua.

Lagi lama dia ke dalam, lagi kuranglah sokongan orang awam.

Apa yang kita belajar dalam ini gambar?

Cash is NOT King. Power and influence is!

Sebaik2 pemimpin bukanlah set2 yang guna duit dan kuasa untuk menang pilihanraya.

Tetapi mereka yang berjuang untuk anak bangsa demi hari muka.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

No comments: