‘Apa Khabar Anwar’ kempen terbaharu PKR selamat Ketua Umum KEADILAN
“Apa khabar Anwar?” – ia bukanlah sekadar sapaan salam yang kosong, tetapi sarat dengan kerisauan.
Apabila mengetahui kesihatan suami atau ayah yang sedang merengkok dalam penjara semakin membimbangkan, ahli keluarga Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuba segala ikhtiar agar pihak berkuasa ‘mendengar’ suara mereka, seterusnya memberi perhatian terhadap tahap kesihatan Anwar.
Antara permintaan yang dibuat termasuklah agar Anwar mendapat rawatan di hospital atau membawa beliau pulang untuk menjalani penahanan dalam rumah.
Namun, permintaan itu tidak dipenuhi.
Melihat kesihatan Anwar makin hari makin merosot, ahli keluarga Anwar dan PKR hanya boleh mengirim salam kepada Anwar melalui media sosial: Apa khabar Anwar?
Pada 30 Jun lalu PKR pun memulakan kempen Apa Khabar Anwar yang digerakkan melalui media sosial Facebook.
Dalam gambar yang digunakan, mereka turut menyenaraikan keadaan semasa kesihatan Anwar, termasuk masalah tekanan darah tidak normal, ketumbuhan sebesar 4 sm di atas buah pinggang, ligamen koyak pada bahu, artritis kronik dan kehilang berat badan sebanyak 6 kg.
Di bahagian bawah gambar turut disertakan satu soalan: Apakah tindakan pihak bertanggungjawab?
“Rakyat Malaysia khususnya penyokong serta pejuang-pejuang Reformasi mendoakan agar Allah SWT memberikan DS Anwar Ibrahim kesihatan dan kekuatan untuk terus berjuang menegak keadilan,” tulis PKR dalam akaun Facebook itu.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut memuat naik gambar kempen “Apa Khabar Anwar?” di akaun Facebook beliau.
“Salam 15 Ramadhan..menurut peguam DSAI, kesihatan DSAI amat membimbangkan…… sedang kami sukar untuk menemui beliau……” tulisan Wan Azizah yang jelas kebimbangannya.
Sebenarnya “Apa Khabar Anwar?” berasal daripada sebuah puisi yang dibaca seorang peserta himpunan solidariti di luar Penjara Sungai Buloh selepas bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dimasuk ke situ.
Semasa melihat puisi itu dibaca, pemilik Media Rakyat, Chan Chee Kong merakamnya dan memuat naik klip ke YouTube.
Video tersebut sememangnya bertajuk “Apa Khabar Saudara Anwar”.
“Ketika itu, saya tertarik dengan puisi yang dibaca oleh gadis tersebut, maka saya merakamnya,” kata Chan kepada Malaysiakini.
Beliau tidak menyangka rakaman videonya akan menjadi idea Pakatan Keadilan untuk mengadakan kempen media sosial begitu.
“Puisi ini sangat unik. Marilah sama-sama kiram salam kepada Anwar,” katanya.
Dalam satu himpunan solidariti lain, anak perempuan Anwar Nurul Izzah pernah juga membaca puisi itu dan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu tidak dapat menahan sebaknya sehingga beliau menitiskan air mata.
Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Lee Chean Chung pula berkata kempen itu digerakkan untuk mengingatkan orang ramai kepada bekas timbalan perdana menteri itu.
“Walaupun Anwar tidak dapat melihat salam ini, namun ahli keluarga dan peguamnya akan menghantar kiriman ini kepada beliau ketika mereka melawatnya,” kata Lee.
Namun, Lee mengingatkan rakyat tidak boleh mengharapkan kepada kempen itu semata-mata sebaliknya perlu memberi tekanan kepada kerajaan agar membebaskan Anwar.
“Kita juga berharap usaha kita turut dapat membantu memperbaiki keadaan banduan lain dalam penjara,” katanya.
Beberapa hari lalu, peguam Anwar menggesa pihak berkuasa untuk mengeluarkan beliau dari penjara dan menempatkan tokoh itu bawah tahanan rumah atas kesihatannya yang semakin teruk.