PRU15, Masa Untuk Politik Baharu




Aktivis KEADILAN Datuk Hans Isaac berkata, tiba masanya Malaysia bergerak ke arah politik baharu. Hal itu, antara sebab mengapa beliau menceburkan diri dalam politik. Katanya, terdapat ahli politik veteran yang tidak buat kerja dan suka komen. Sedangkan rakyat mahukan ahli politik yang membuat kerja di kawasannya Beliau juga mengharapkan politik baharu tidak lagi ke arah menyerang peribadi dan lebih kepada berbincang antara ahli politik berlainan parti untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan membangunkan negara. Hans mengharapkan ahli politik generasi baharu tidak terikut-ikut dengan generasi lama dan bersikap lebih terbuka.


No comments: