Muncul akhbar Utusan langkah ke belakang.



Norman Radzuan

Imej mungkin mengandungi: 2 orang



TUJUAN POLITIK ATAU PERNIAGAAN?

Ramai rakan2 saya di Utusan ini dulu. Saya tidak pasti mereka dipanggil semula atau Utusan dimonopoli oleh wartawan baru atau yg mempunyai hubungan dgn org politik.

Khabarnya ia menggunakan khidmat Mohamad Azlan Jaafar, yang merupakan ketua pengarang Malaysian Reserve sebagai ketua editor baharu Utusan, sementara beberapa bekas editor Utusan yang lain telah dilantik untuk membantunya.

Dibawakan oleh Media Mulia Sdn Bhd. Aurora Mulia dikaitkan dengan taikun, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, yang mempunyai pegangan saham sebanyak 31.22 peratus Media Prima Bhd.

Bila bercerita ia dimilikk Syed Mothar Al Bukhary... kita tahu insan Melayu terkaya ini sangat rapat dengan Tun Mahathir. Apakah kelahiran Utusan untuk membantu karier politik Tun atau untuk UMNO... kita cerita isu ini di kemudian hari.

Saya berpendapat kelahiran Utusan mempunyai agenda politik. Jika dari segi business kelahiran Utusan ini bukan suatu yang bijak. Tapi jika sekadar kepentingan politik.... 'mmm look ok' tapi boleh jadi KO. Kenapa saya kata begitu?

Utusan mati faktornya bukan sahaja dia dibenci kerana menjadi lidah UMNO tetapi faktor menyumbangkan penutupan media tertua Melayu ini adalah kerana perubahan zaman yg seiring dgn teknologi.

Saya lebih bersetuju jika penerbitan semula Utusan ditumpukan kepada Online sahaja. Seperti Sinar Online, Star Online dan lain-lain penerbitan.

Saya org akhbar... dulu setiap hari paling kurang 3 surat khabar saya mesti baca dan pada hari minggu 5 surat khabar. Skg satu pun saya tak beli sb semua info yg saya ingin baca ada di hujung cari.

Bayangkan jika dulu, ada 2 rancangan yang isteri saya tidak benarkan anak-anak ganggu saya di dalam bilik iaitu semasa siaran Berita dan Formula One. Sekarang saya sendiri pun dah jarang sangat menonton berita di kaca TV.

Dulu saban bulan isu terbesar rakyat Malaysia ialah isu pondok telefon. Samada tidak mencukupi atau kes kerosakkan dan kecurian. Betapa pentingnya public phone ketika itu. Skg bukan sahaja pondok telefon hampir tidak wujud lagi malah telefon di rumah pun sudah ramai tidak menggunakannya.

Seperti rakan saya katakan... dulu kita selalu compare price antara Parkson atau Metrojaya. Skg tidak lagi masing2 tgk kat mana murah Lazada atau Shoppe.

Saya rasa zaman skg kalau nampak org pegang surat khabar nampak pelik. Anak muda pula mcm malu je pegang surat khabar sb rasa mcm ketinggalan zaman. Org tua di kampung pun saya tgk lately ni masing-masing pegang HP. Jadi utk tujuan politik pun bukan suatu yang positif untuk menerbitkan kembali akhbar ini.

Sebab itu saya katakan kelahiran akhbar Utusan ini dari segi perniagaan sgt tidak bijak. Dgn 170 kakitangan, tidak termasuk kos sewa bangunan dan lain saya menjangkakan ratusan ribus sebulan pemilik Utusan ini menanggung kerugian utk kos pengurusan itu.

Jika ia dia kuasai org politik mungkin bertahan sedikit lama tetapi akhbar tetap akn berkubur. Bukan sahaja Utusan tetapi akhbar-akhbar yang lain mahu tidak mahu akan alami nasib yang serupa.

Saya yakin akhbar ini diterbitkan atas faktor kepentingan politik kerana ahli perniagaan yang bijak nescaya mereka menolak untuk berniaga di dlm bidang percetakkan ini lagi.

Ia seperti langkah ke belakang. Jika Utusan bertahan kerana politik ia akn menjadi akhbar syok sendiri. Maksud tidak dibeli atau dimiliki seperti sebelum ini.

Perniagaan ketinggalan zaman ini ibarat syarikat rakaman masih ingin merakamkan album 10 lagu artis dgn menjual CD. Mana ada org mahu beli CD lagi... jadi nampak kelakar seram.

Itu sahaja pandangan saya mengenai kelahiran semula akhbar Utusan. Jika tanya saya... saya akn tumpukan kpd Utusan Online sahaja. Kos sangat menjimatkan dan mengikut trend citarasa masyarakat masakini.

No comments: