W.FAUDZIN
Apabila Mahathir bangun bcakap saja dalam parlimen, kompom dia kena bertalu-talu serangan oleh MP dari Umno. Dia tak mampu nak tangkis sebab dia tiada kekuatan dan jati diri. Soalan paling mudah ditanya oleh MP dari Umno iaitu, " Kenapa Tun letak jawatan?", itu pun dia tak boleh nak jawab. Jawab sajalah,
" Saya letak jawatan sebab saya tak mahu Anwar jadi PM dan saya mahu bantu kamu jatuhkan kerajaan PH". Susah sangat ke nak jawab ?
Berbeza dengan Anwar. Bila dia bangun berbahas, sesiapa dari belah kerajaan pintu belakang mahu ganggu dia, kena fikir banyak kali, tak betul cara kena batang hidung sendiri. Sebab itulah amat jarang ucapan Anwar diganggu kerana dia bercakap dengan fakta, dia menegur benda yang betul dan dia buat apa yang dia cakap.
Bila kita ada prinsip dan integriti, jangan takut dengan sesiapa.