Selepas Muhyiddin umum 10 ribu tambahan kuota haji, Raja Saudi pecat Menteri Hajinya

 

Selepas Muhyiddin umum 10 ribu tambahan kuota haji, Raja Saudi pecat Menteri Hajinya

Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz memecat beberapa orang pegawai tinggi dalam pemerintahan negara Teluk tersebut, lapor Saudi Press Agency, kelmarin.

Raja Salman memecat Dr Mohammed Saleh bin Taher Benten yang sebelum ini memegang jawatan Menteri Haji dan Umrah dan melantik  Issam bin Saad bin Saeed menggantikan beliau  buat sementara waktu sebagai tambahan kepada tugasnya sebagai Menteri Negara dan ahli Kabinet.

Bagaimanapun, tiada alasan diberikan atas keputusan tersebut.

Pemerintah Arab Saudi itu turut menamatkan perkhidmatan Presiden Mahkamah Pentadbiran Tertinggi, Sheikh Ibrahim bin Suleiman bin Abdullah Al-Rasheed dan melantik Sheikh Ali bin Suleiman bin Ali Al-Sa’awi sebagai penggantinya.

Presiden Lembaga Umum Penerbangan Awam, Abdulhadi bin Ahmed Al-Mansouri juga dipecat dan digantikan oleh  Abdulaziz bin Abdullah Al-Duailej.

Dalam perintah diraja yang lain, Raja Salman melantik Abdulhadi bin Ahmed Al-Mansouri sebagai pembantu Menteri Luar untuk Urusan Eksekutif dan melepaskan Mohammad bin Tuwailea Al-Sulami daripada  jawatannya sebagai pembantu Menteri di Kementerian Sumber Manusia dan Pembangunan Sosial.

Maher bin Abdulrahman bin Ibrahim Al-Qasim pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia dan Pembangunan Sosial sementara Abdulaziz bin Abdulrahman bin Abdulaziz Al-Arifi  dilantik sebagai pembantu Menteri Pengangkutan.

Raja Salman juga melantik Dr Samir bin Abdulaziz bin Mohammed Al-Tabib sebagai penasihat di Sekretariat Umum Majlis Menteri.- Agensi



No comments: