MALAYSIA MENUJU JALAN SUKAR DAN TAK MUNGKIN PKP DILAKSANAKAN SEKALIPUN RIBUAN DIJANGKITI COVID19


PM tebuk atap kata.. Sukar untuk sekali lagi Negara laksanakan PKP dan menutup ekonomi.. bagi aku bukan saja sukar, dah mustahil Kerajaan akan laksanan PKP biarpun kes harian cecah 3 angka.. Sebab faktor Ekonomi Negara hampir ke penghujung...

Mana Abah tebuk atap nak cari lagi suntikan Fiskal lebih RM 35 Billion.. hat nak Pinjam RM 35 billion ni pun tak tahu nak cekau mana.. Nak sambung Moratorium sebulan pun kerajaan dah tak boleh Tanggung..Duit KWSP yang korang keluar RM 2 billion setiap bulan..  tidak merubah dan merancakkan Ekonomi..

Dari RM 40 Billion yang hilang itupun..kat situ saja KWSP hilang potensi pendapatan dia.. Kalau RM 40 Billion rezab tunai dia boleh jana 2% Pedapatan dari pelaburan.. kira2 KWSP dah hilang RM 800 juta pendapatan dia... itu kalau 2%.. RM 40 Billion hilang mcm tu saja..

Rakyat pulak dapat Duit dari tabungan depa sendiri.. setiap rakyat yang ambil pakej E-Lestari ni depa hilang RM 5 ribu dari simpanan depa hanya bagi memenuhi keperluan hidup depa....nanti depa sedar lah..

Itu sebab aku kata, Sepatutnya Kerajaan yang pinjam KWSP..sasarkan mereka yang betul2 terjejas..dan mereka
 yang Kehilangan kerja.. Jika bersasar Mungkin tak sampai RM 5 Billion dana KWSP akan disentuh....

tapi malangnya, Abah tebuk atap Sibuk nak buat modal Pilihanraya.. nak pujuk hati Makcik Kiah, Pakmat tempe.. Pak Salleh.. Hakikatnya depa sebenarnya Naif.. Ekonomi takda kesan yang Positif...  Makcik kiah ngan Pakmat pun dah start merungut balik..

Sektor Perniagaan pun hanya tunggu masa tempoh Moratorium dan tamatnya bantuan Subsidi gaji tamat untuk buang pekerja.. Malaysia satu satunya berani mengambil langkah moratorium selama 6 bulan ini.. semua ini dilakukan bukan sebab nak tolong rakyat, atau sebab kewangan negara kukuh...tidak.. sebab kedudukan Politik depa rapuh.. mereka perlu memujuk hati rakyat..

bila Pakej Ekonomi mereka tidak bersasar.. akhirnya dia takkan berdaya tahan.. mcm Ubat bius dan Ubat penahan Sakit...sampai masa depa akan rasa sakit..jadi apakah Muhyidin nak tunggu lama lagi.. Abah tebuk atap perlu bersedia gelombang kedua selepas ini... Jika tidak pun datang kembali gelombang COVID-19..akan datang ombak kemelesetan..

 Malaysia mungkin akan ikut jejak dan krisis seperti di Lubnan.. sebab gabungan dalam PN sendiri tidak kukuh..  Najib cukup mahukan Abah tebuk atap bubar Parlimen segera..begitu juga PAS..menungu masa..mereka sedang memujuk Muhyidin...

Abah tebuk atap Boleh Bubar Parlimen hari ini..tapi dia sendiri tak selamat.. Dia mungkin menang besar..tetapi krisis Politik dan Ekonomi akan berpanjangan.. Hanya Allah sebaik baik pembalas bagi kerja Khianat mereka.. :)

Ipohmali




No comments: