SOSIAL COVID 19 : Huru hara… Keranda jenazah Covid-19 terbuka ketika nak kebumi


Keadaan jadi huru hara selepas mayat Covid-19 jatuh menyebabkan orang kampung tidak pakai PPE turun liang lahad bantu. (Gambar Facebook)

Gempar di Sumatera Selatan apabila proses pengebumian pesakit Covid-19 bertukar huru hara selepas perkara tidak disangka terjadi.

Sebuah video viral di media sosial sejak beberapa hari lepas menunjukkan apa yang berlaku ketika kejadian.
Menurut Detik.com, kejadian itu berlaku pada 22 Mei lepas di mana sekumpulan pasukan medik sedang melakukan prosedur untuk mengebumikan jenazah Covid-19.
Jenazah itu dibalut di dalam sarung berwarna oren dan diletakkan di dalam peti keranda kayu.
Namun, ketika sedang menurunkannya ke dalam liang lahad menggunakan tali, penutup keranda itu terbuka membuatkan jenazah terkeluar.
Video itu menunjukkan keadaan menjadi huru hara selepas kejadian itu berlaku dan boleh kedengaran suara seorang wanita yang marah dan menengking pihak medik kerana tidak berbuat apa-apa.
Sebaliknya, orang kampung yang tidak memakai pakaian lengkap PPE cepat-cepat turun ke dalam liang lahad dan membantu menguruskan jenazah.
Boleh juga didengari suara tangisan dipercayai ahli keluarga mangsa Covid-19 berusia 57 tahun itu.
Menurut individu yang mengetuai tugas pengendalian pesakit Covid-19, Junaidi Anuar, pasukan tersebut telah dilatih dan melakukan proses simulasi sebelum itu.
Bagaimanapun menurutnya kejadian itu membuktikan pasukan tersebut perlu berlatih lagi untuk mengelakkan perkara sebegitu berlaku.
“Sebelum pelaksanaan pasukan telah diberikan briefing dan dilakukan simulasi dan sama-sama melihat video prosesi pemakaman yang telah dilakukan daerah lain.
“Namun kami menyadari bahwa hal tersebut tidak cukup, sehingga ke depan kami akan melakukan pelatihan terhadap anggota.”