*Kenyataan Media* *Rabu, 10 Jun 2020*



*PEMUDA PH SABAH SOKONG DATUK PETER ANTHONY, SPRM PERLU MENDAKWA MENGIKUT PROSEDUR YANG ADIL TANPA TERLIBAT DENGAN POLITIK.*

Saya mengambil maklum berkenaan Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony yang akan dituduh di Mahkamah Seksyen esok berhubung dakwaan salah laku urus niaga tanah Risda di Tongod beberapa tahun lalu.

Saya amat terkilan atas pendakwaan ini yang saya lihat seperti tergesa-gesa apatah lagi Datuk Peter Anthony dipanggil ke SPRM pada hari sama 46 pertuduhan keatas Musa Aman digugurkan pihak pendakwa.

Saya melihat kita telah kembali ke 'era kleptokrasi' semula apabila satu persatu koruptor bebas daripada pertuduhan walaupun terdapat bukti jelas namun sasaran beralih kepada pimpinan parti pembangkang diperingkat Persekutuan.

Kita sudah jangka sejak awal tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan di persekutuan dan terbentuknya sebuah kerajaan yang menggabungkan para koruptor yang telah ditolak rakyat pada PRU-14 lalu, akan ada pemimpin pembangkang didakwa dengan mempergunakan Polis mahupun SPRM. Begitu juga mereka yang telah dituduh di Mahkamah akan diumum bebas sepenuhnya. Ini bukan sesuatu yang mengejutkan memandangkan kerajaan baru ini dibentuk bersama-sama UMNO.

Kami dari Pemuda Pakatan Harapan Sabah bersolidariti buat Datuk Peter Anthony disamping menghormati SOP PKPP dan berharap agar pihak SPRM menjalankan tugas seadil-adilnya dan bukan hanya membuat pendakwaan terpilih tanpa terlibat dengan Politik.

*RAYMOND BIN AHUAR*
Ketua Pemuda
Pakatan Harapan Sabah

No comments: