RANGKUMAN BERITA HARI INI.

Dok kutuk Anwar...Suaram...Malaysiakini...Gabungan BERSIH...
Kini terdedah dlm Pentabiran Najib ada perisik CIA...bkn calang-calang  jabatan...tetapi di Jabatan Peguam Negara...
KITA DOA KAN SEMOGA TUN DR MAHATHIR...PANJANG UMURNYA HINGGA PRU14..KERANA "MELAYU MUDAH LUPA".
 
  PERSIDANGAN SOSIALISME
 
Persidangan SOSIALISME 2013 kembali lagi. Kali ini membawa topik perbincangan hangat mengenai model alternatif kepada sistem kapitalisme dan gerakan massa di dunia dan Malaysia.

Antara topik adalah Sosialisme Sebagai Alternatif, Pergolakan di Timur Tengah, Gerakan Kiri di Malaysia, Mengimbas Kembali Parti Komunis Malaya dan Arah Tuju Selepas PRU Ke-13

Daftar Sekarang !!!!
 

PAS cabar BN adakan jualan murah di tempat lain

Ikhwan Zulkaflee | November 7, 2013
'Mana boleh kebetulan...Kalau kata kebetulan pi la buat (jualan murah) kat kawasan-kawasan lain sama.'
PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini mencabar Barisan Nasional (BN) untuk mengadakan jualan murah untuk gula dan beras di kawasan-kawasan berpenduduk miskin yang lain.
Mohamad ataupun lebih popular dengan panggilan Mat Sabu, apabila dihubungi oleh FMT hari ini ternyata berang dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom yang berkata jualan murah kedua-dua barangan asas itu dalam tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau sebagai kebetulan.
“Mana boleh kebetulan…Kalau kata kebetulan pi la buat (jualan murah) kat kawasan-kawasan lain sama,” katanya dalam perbualan telefon.

Beliau menambah, terdapat lagi kawasan yang boleh mendapat manfaat dari jualan murah anjuran BN itu, bukan hanya di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau sahaja.
“Pi buat kat kawasan-kawasan lain (juga), jangan buat kat kawasan ada PRK saja. Kat Baling sana pun ada orang susah, pi buat kat sana,” cabarnya lagi, sambil menyifatkan kenyataan Jamil ini sebagai satu penafian yang boleh ditertawakan.

Jamil, yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Jerai berkata pembangkang menggunakan isu jualan murah barangan asas itu sebagai modal untuk memburukkan BN.

Dilaporkan, harga gula seberat satu kilogram yang biasanya berharga RM2.84 di pasaran dijual dengan harga RM1 dalam jualan murah tersebut manakala sekampit beras seberat lima kilogram pula dijual dengan harga RM5, jauh lebih murah dari harga pasaran iaitu RM13.

Pakatan Rakyat (PR) menyelar perbuatan BN ini dan menyamakannya sebagai satu bentuk rasuah kepada pengundi.

Bagaimanapun, pandangan itu ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.