Ketuanan Melayu: PKR Bayan Baru dakwa Zahrain khianat, bukan Anwar-Azizah

NI SEKOQ LAGI...KATA NAK SAMAN GUAN ENG SOAL CLUB GOLF...TAPI SAMPAI LA DIAM...ORANG BAYAN BARU BAGI AMANAH KAT DIA ...DIA LOMPAT...MINTA PINGAT ..ORANG DAH BAGI...DAH KAYA RAYA....SUDAH LA....

December 01, 2010

Zahrain Hashim
KUALA LUMPUR, 1 Dis — Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Bayan Baru mendakwa bekas ketuanya Datuk Seri Zahrain Hashim membawa politik murahan dengan mendesak agar pingat “Datuk Seri” dikurniakan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ditarik balik.

“PKR Bayan Baru berpendapat bahawa ini adalah politik murahan Zahrain yang sekarang ini menjadi pencacai Umno dan Barisan Nasional (BN). Beliaulah pengkhianat besar dalam sejarah politik Malaysia,” kata ketuanya, Sim Tze Tzin dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Sim, Adun Jerejak menegaskan, Zahrain yang keluar PKR awal tahun ini mngkhianati mandat rakyat yang diberikan sebagai Ahli Parlimen parti itu dengan melompat keluar parti.

“Beliau mengkhianati prinsip perjuangan PKR yang memperjuangkan politik pelbagai kaum dan keadilan untuk semua.

“Beliau mengkhianati rakyat kerana tidak lagi bekerja untuk kawasan Bayan Baru tetapi lebih ghairah mengikut (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Razak) ke Amerika Syarikat. Beliau mengkhianati pingat Datuk Seri yang dianugerahkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang berprinsipkan politik pelbagai kaum.

“Kalau ingin dipertikaikan kelayakan penerimaan pingat, Zahrain harus dilucutkan pingat beliau terdahulu,” kata Sim.

Bagaimanapun jelas Sim, PKR Bayan Baru tidak ingin memperlekehkan isu pingat kerana ia adalah penghargaan hak dan kuasa Raja-raja Melayu dan Yang Dipertua Negeri.

“PKR Bayan Baru ingin mengingatkan semua pemimpin Umno-BN dan juga Zahrain jangan memainkan sentimen perkauman sempit.

“Jangan jadi jaguh kampung melaung-laungkan sentimen perkauman tetapi menggadai negara,” kata beliau.

Zahrain merupakan bekas ketua PKR Bayan Baru.

Semalam, Zahrain mencabar Anwar, bekas ketuanya agar menyerahkan gelaran “Datuk Seri” jika terus-menerus menolak konsep “Ketuanan Melayu”.

Zahrain membuat cabaran atas alasan tindakan Anwar menolak konsep itu bersamaan dengan langkah mempertikaikan Raja-raja Melayu, yang kedaulatannya termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Wakil rakyat Bebas ini berkata jika Anwar dan orang-orangnya di PKR masih “tebal muka” untuk kekal dengan gelaran masing-masing, beliau akan memohon agar Raja-raja Melayu yang menganugerahkan gelaran dan darjah agar melucutkan.

Sim juga menambah, PKR memperjuangkan prinsip “Ketuanan Rakyat” dan keadilan untuk semua.

“Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdayakan orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri. Mereka adalah pimpinan Umno yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lain.

“Selama 53 tahun mereka berkuasa, nasib kelompok ramai Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak, India, Orang Asli dan Cina masih tetap terabai.

“Pakatan Rakyat akan terus berjuang membela nasib semua rakyat Malaysia yang terpinggir bukan pembesar-pembesar Umno-BN,” katanya.