Semalam, Dr Akmal Saleh mempersoalkan kenapa bajet yang sudah diluluskan didakwa tidak disalurkan kepada kementerian sehingga ada kontraktor yang sudah melaksanakan projek tetapi masih belum menerima bayaran.
Beliau turut bertanya sama ada kerajaan tidak mempunyai duit atau mempunyai “agenda lain”.
Selepas penjelasan diberikan berhubung isu tersebut, Akmal kini membawa pula angka kementerian lain yang mencatat perbelanjaan sebenar lebih tinggi daripada peruntukan asal.
Menariknya, dalam hantaran terbarunya sendiri Akmal menjelaskan bahawa keadaan itu tidak semestinya salah kerana boleh berlaku melalui bajet tambahan yang perlu mendapat kelulusan Kementerian Kewangan.
Maknanya, perbelanjaan melebihi peruntukan asal bukan bukti menteri boleh sesuka hati berbelanja.
Itu sendiri Akmal yang terangkan.
Cuma persoalan asalnya lain.
Beliau asalnya membangkitkan dakwaan peruntukan tidak disalurkan dan kontraktor tidak dibayar. Bila isu itu sudah dijawab, perbahasan tiba-tiba beralih kepada kementerian lain yang berbelanja lebih daripada peruntukan asal.
Kalau penjelasan terhadap isu pertama dianggap tidak tepat, sanggah penjelasan itu dengan fakta.
Bukan tukar topik kepada isu lain, kemudian jelaskan pula bahawa isu baharu itu sebenarnya boleh berlaku secara sah melalui bajet tambahan.
Akhirnya, Akmal sendiri mengesahkan satu perkara — angka perbelanjaan lebih tinggi daripada peruntukan asal sahaja tidak cukup untuk membuktikan berlaku salah urus.
#UnofficialInfo

No comments:
Post a Comment