Petang tadi Bang Mat bersama Astro Prima menerusi Borak Seni di Dewan D, MAHA 2026. Sempat berkongsi perkembangan dan sambutan MAHA setakat ini. Alhamdulillah, sambutan yang diterima amat menggalakkan dengan nilai jualan mencecah RM8 juta dan kehadiran sekitar 1.49 juta orang pengunjung telah direkodkan.
MAHA hari ini bukan lagi sekadar tempat melihat tanaman dan ternakan. Ada teknologi dan inovasi pertanian, Pavilion Negeri, produk serta usahawan tempatan, makanan dan pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga. Bang Mat mahu lebih ramai, khususnya anak muda, melihat pertanian sebagai sektor yang mempunyai masa depan, peluang dan potensi yang besar.
Kehadiran keluarga dan golongan muda juga penting kerana di sinilah kita dapat mengenali dengan lebih dekat dunia agromakanan serta mereka yang berada di belakang makanan kita seperti petani, penternak, nelayan dan usahawan. Dalam masa yang sama, kita mahu masyarakat memahami bahawa setiap daripada kita mempunyai peranan dalam memastikan keterjaminan makanan negara.
Terima kasih Astro Prima kerana bersama-sama membawa cerita MAHA kepada masyarakat.
Kepada yang belum datang, masih belum terlambat. Mai ke MAEPS, Serdang bersama keluarga dan lihat sendiri masa depan agromakanan Malaysia di MAHA 2026.
#MAHA2026
#KPKM
#CukupDanTerjamin
#MADANIBekerja




No comments:
Post a Comment