KEADILAN Johor telah membuka ruang yang cukup luas untuk membuat
rundingan dua hala sejak awal bersama Parti MUDA.
Saya juga hadir mesyuarat PH Johor bersama pimpinan negeri
beberapa minggu lalu dan Keadilan menyatakan akan adakan perbincangan bersama
MUDA dan KEADILAN telahpun menawarkan 3 kerusi kepada Parti MUDA. Tapi mereka
tolak ketiga-tiga kerusi dan sebaliknya minta 3 kerusi yang lain.
Kalau tolak 1 atau 2 maka masih boleh pertimbangkan untuk tukar
kerusi yang lain tapi mereka tidak mahu kerusi Kawasan Majoriti Melayu atau
kawasan luar bandar.
ADAKAH MUDA HANYA MEWAKILI SUARA RAKYAT BANDAR SAHAJA? BAGAIMANA
PULA DENGAN KAWASAN LUAR BANDAR?
Kenapa MUDA tidak mahu bertanding di kawasan yang mempunyai
pengundi Melayu yang melebihi 78% ? Apakah mereka takut pengundi Melayu akan
tolak mereka dalam PRN Johor?
Kalau benar Parti MUDA mengangkat atau mewakili suara dan
aspirasi Rakyat maka mereka harus membuktikan mereka mempunyai sokongan di
semua kawasan termausk dari pelbagai latar masyarakat khusunya di semi-urban
dan rural area.
DUN SRI MEDAN antara 20 kerusi yang KEADILAN akan bertanding.
Komposisi pengundi adalah 90.6% Melayu 8.6% Cina dan 0.3% india. Kerusi DUN Sri
Medan adalah kerusi yang paling tinggi pengundi Melayu antara 20 kerusi yang
Keadilan akan bertanding. Ini baru “gentlemen fight”.
Sebagai parti politik, kita harus berani menghadapi semua
rintangan bukan duduk dalam comfort-zone.
Nota: Ramai juga pemimpin yang berwibawa dalam keadilan yang
tidak dicalonkan dalam PRN15. Fikir-fikirkan la sebelum letak calon di kawasan
KEADILAN bertanding.
( Ini parti derita, jangan salah ugut)
Sekian.
R. YUNESWARAN
Ketua AMK Johor