Bila Saddiq kata nak langgar kerusi Keadilan kalau tak dapat
kerusi yang dia mahukan, aku tergelak besar. Setidaknya aku dah membuktikan aku
betul. Machai PH boleh tengok sekarang jahatnya Muda.
Kenapa perbincangan kerusi gagal? Sebab Muda mahu kerusi selamat
sedang kerusi yang Keadilan tawarkan belum cukup selamat untuk Muda. Itulah
parti tak sedar diri. Tiada akar umbi, tiada jentera tiba-tiba nak menang
mudah. Bongok!
Tapi yang bagusnya, kalau betul Muda nak langgar kerusi
Keadilan, itu boleh jadi penentu sama ada Keadilan patut jalan sendiri atau
terus dengan PH dalam PRU15 nanti.
Kita tengok bagaimana tindakan pemimpin DAP dan Amanah. Jika
mereka sokong kempen Muda atau BERKECUALI sekalipun, maka sahih mereka sudah
tidak mahu kepada Keadilan. Jadi Keadilan pun sila bermaruah dan segera angkat
kaki.
Aku fikir ini memang sebahagian dari perancangan Saddiq. Dia
tahu kalau dia langgar kerusi Keadilan akan buat pemimpin Amanah dan DAP serba
salah. Licik, kan? Siapa la yang ajar dia ni? Hahaha...
Masih tak percaya aku kata Muda cuma salah satu usaha Mahathir
nak hancurkan PH? Guane boh?