ADAKAH GAJI PENDATANG LEBIH TINGGI DARI GAJI PEKERJA TEMPATAN ? LIHAT INI








Aku dapat screenshot yang berikut ni. Aku tak kenal mereka tapi cerita yang mereka kongsikan bukanlah perkara yang asing. Pekerja asing dibayar lebih mahal daripada warga tempatan.

Sebab itu aku selalu kata pekerja asing semuanya mesti dihantar pulang. Bukan setakat tak tambah, yang ada pun tolak balik. Sekarang ini rakyat kita lebih perlukan kerja.

Tapi baca apa PM Isnail Sabri kata? Malaysia akan tambah kemasukan pekerja asing daripada Bangla tak lama lagi. Apa dah jadi? Dia tak hirau langsung ke dengan nasib pekerja tempatan?

Korang yang sokong sangat kerajaan yang ada ni, cuba bayangkan masa akan datang. Anak korang kena bersaing dengan pendatang untuk dapat kerja. Korang rela begitu?

Korang takut Cina konon nak rampas hak Melayu. Tapi tak sedar yang rampas masa





depan generasi kita sebenarnya warga asing yang dibawa oleh pemimpin Melayu Islam kebanggaan korang.

Bangkit wahai anak Melayu. Jangan terlena dibuai alunan perkauman. Pemimpin korang tu tak pernah pun pentingkan kaum. Dorang cuma pentingkan diri sendiri je.

Laungan hidup Melayu hanya untuk pulau korang je. Supaya senang nak merompak setelah dipukau. Sedarlah. Guane boh?

Raja Gelap

 























No comments: