MANA WANG RM17 BILION UNTUK UJIAN SARINGAN COVID-19?

 

Jamzuri Ardani

Adakah rakyat tahu bahawa kerajaan telahpun meluluskan peruntukan sebanyak RM17 bilion kepada KKM untuk menjalankan ujian saringan Covid-19 secara komprehensif pada tahun ini? 

 

Bila KKM keluar kenyataan bahawa hanya kontak rapat yang bergejala sahaja yang akan diuji, ini menimbulkan tandatanya ke mana peruntukan sebanyak RM17 bilion itu dibelanjakan.

 Adakah sebenarnya kerajaan meluluskan peruntukan tetapi dananya tidak ada? Ini pernah berlaku sebelum ini di zaman kerajaan BN dulu. Ataukah, dana itu telah dibelanjakan untuk tujuan lain?

 Kerajaan perlu telus dalam perkara ini. Ianya wang rakyat dan ianya melibatkan kehidupan dan nyawa rakyat.  Jumlahnya juga sangat besar. Janganlah kerana ada fatwa lebai songsang yang mengatakan darurat itu wajib , maka semuanya jadi halal untuk disonglap.

 

No comments: