TAKDA FAEDAH APAPUN KERAJAAN BANI MELAYU ISLAM BERSATU !!



POSTED BY AMIR WRLR


Seminggu ni pemimpin PAS kembali meracau.. Baca tajuk Harakah, Pemimpin PAS kata..PAS akan tolak apa apa Kerajaan dengan Ds Anwar dan DAP.. Kata pemimpin PAS dan Ustaz2 depa.. Melayu dan Islam kena Bersatu..Kerajaan Melayu Islam kena di Pertahankan..

Sudah sudah lah..Zaman membodohkan dan Menakutkan Umat Melayu Islam dengan DAP dah berlalu.. Sikit sikit nak takutkan Melayu Islam dengan Ds Anwar.. Sikit nak takutkan dengan DAP.. Persoalannya Apa faedahnya Melayu dan Islam Bersatu pun.. ?

Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam Bersatu kalau Kilang Arak, Kelab malam, Pub masih dibuka ? Apa yang berubah.. Tidak ada apa pun... Jadi apa beza kalau DAP perintah pun...

Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam bersatu.. kalau nak laksana Hudud dan Qisas untuk pemandu mabuk pun tak mampu..Akhirnya kena patuh dan tunduk kepada cadangan MCA dan DAP dalam perlambagaan yang dulu dituduh Undang2 Penjajah dan Toghut..

Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam Bersatu Kalau kes mati akibat Pemandu Mabuk, Kes Judi, Kes LGBT, Maksiat.. Liberal Melayu tetap berleluasa.. Tangkapan di Kelab malam makin meningkat..Takda beza apa pun.. Jadi lantik Mufti jadi Menteri Agama tak guna sekupang dua pun..

Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam bersatupun.. Dong Zong yang Ismail Sabri desak haram dulu.. bukan tak diharam.. malah makin berkuasa.. Peruntukan University MCA bertambah..Sekolah Vernakular Tetap macam tu...

Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam bersatupun.. Dari Ketua Hakim..Ketua Polis Negara, Pendakwaraya hatta Peguam Negara semuanya Bani Melayu Islam.. Tapi masih tak dapat selesai dan tangkap pembunuh Adib... dulu salahkan Tommy Thomas hanya sebab dia Kapir..

Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam Bersatu kes Covid-19 makin teruk.. tak terkawal.. Nak salahkan Pelancong Cina lagi..? Nak salahkan Pemimpin PH lagi.. takda DAP pun.. Menteri Kesihatan,Timbalan Menteri bani melayu ni sorang pun tak berguna.. Dah tutup semua Sempadan Negara dan Negeri..kes tetap memuncak..

Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam bersatupun.. Bukan boleh angkat Ekonomi Islam dan Bumiputera... Jadi Kerajaan pun kempen BMF makin suram.. Masa jadi pembangkang, Beria ia masuk Masjid nak promosikan BMF.. bila wujud Kerajaan Islam, Perniagaan BMF semua hidup segan mati tak mahu.. depa tetap kempen barang buatan Malaysia sama seperti zaman PH..

Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam Bersatu, Kalau nak pertahan tanah sendiri pun gagal..Nak lawan Peneroka haram Musang King pun tak Mampu.. Terbaru Syarikat milik Khazanah UEM Sunrise akan bailout Syarikat Hartanah Taikun Cina Eco World yang dulunya dikaitkan dengan Penyelesaian Hutang TS Khalid Ibrahim.. Sedangkan nasib puluhan ribu pekerja MAS diabaikan...

Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam Bersatu.. Kalau Mantan Mufti Wilayah jadi Menteri Agama pun... Masjid masih ditutup rapat luar waktu Solat.. Sampai orang terpaksa Solat di luar.. nak buat SOP Solat pun dah berbulan..Sedangkan Masjid di Singapura jauh lebih terbuka dan mesra Keluarga untuk berjamaah..

Sudah Sudah lah bani Melayu PAS dan UMNO berbohong... renti rentilah mainkan sentimen Melayu dan Islam.. hat gadai hak Melayu dan Islam selama ini adalah bani UMNO ngan PAS jugak...

Berangan angan jer lah kononnya akan tertegak Kerajaan Melayu mahupun Khilafah Islam atau seperti Kerajaan Nabi SAW di Madinah.. Hakikatnya lebih teruk dari pentadbiran UMNO dulu...Semua tu hanya angan angan.. Apa yang penting Kita cari pemimpin yang Amanah.. Al Qawwi Al Amin..

Bayangkan bukan takat Dosa orang Politik, Ustaz PAS dan UMNO mengfitnah DAP atas semua tuduhan diatas.. Malah Sampaikan Pendakwah anak buah dan pentaksub Zakir Naik pun fitnah Sama... Begitu juga fitnah fitnah Jahat Mufti Utara dulu..

Jadi sudah sudah lah Berbohong... Yang rosakkan Melayu dan Islam ni bukan DAP.. Tapi melantik LBIH (70 MENTERI) kelompok Ashabiyah PAS dan UMNO sendiri... 

Antara retorik perpaduan melayu Islam dalam kerajaan tebuk atap n keparahan korupsi serta pudar n hilangnya keyakinan pelabur2 dalam negara n luar negara.. Rakyat melihat n sedar akan perkara ni..mereka boleh menilai n membuat keputusan yang terbaik untuk diri sendiri keluarga n negara.. Namun masih ada dikalangan kita yang buta mata hati untuk memikirkan masa depan anak dan keluarga sendiri .....Tepuk dada tya selera..


No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

BICARA KEDAULATAN RAKYAT: DEMOKRASI DIHANCURKAN - YB HJ MOHAMAD SABU, PR...