PESAN RONNIE LIU BUAT RAKAN DAPIG NYA YANG MASIH TIDAK SEDAR TENTANG BAHAYANYA SAKA TUA PUNYA PERANCANGAN


Police summons Ronnie Liu for questioning after Raub court fracas

Ronnie Liu

Dec 13, 2021
1. Adun Sungai Pelek dari DAP, Ronnie Liu berkata dia berharap perang mulut antara pemimpin parti itu, Tony Pua dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad akan membuka mata ahli-ahli parti berkenaan.
2. Liu berkata terdapat segelintir individu dalam parti itu yang tetap 'setia membuta tuli' kepada Mahathir walaupun dia memainkan peranan dalam menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan kerana keenganannya menyerahkan kuasa kepada presiden PKR, Anwar Ibrahim.
3. “Saya rasa selepas pertelingkahan antara Tun (Mahathir) dan Tony ini, semua orang DAP yang masih sayangkan Mahathir mungkin mula berfikiran berbeza.
4. “Selepas melihat bagaimana Mahathir menghentam Tony secara terbuka, mereka kini mungkin sedar apa yang saya katakan tentang Mahathir selama ini adalah benar.
5. "Mereka ini mungkin mula menjauhkan diri daripada Mahathir. Saya rasa tiada lagi swafoto," kata Liu kepada Malaysiakini.
6. Liu berkata semasa Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan, dia berulang kali bersuara menentang Mahathir kerana mengabaikan janji-janji untuk melakukan perubahan dan mewujudkan permusuhan dalam gabungan parti itu demi kepentingan dirinya sendiri.
"Saya buat bising ketika itu, tapi semuanya sia-sia. Ini takkan berlaku jika sesetengah mereka menyertai saya untuk bersuara.
"Kini sudah terlambat untuk sedar bahawa Mahathir adalah tidak bagus untuk DAP dan tidak bagus untuk PH. Sudah terlambat," keluhnya.
7. Liu hampir berdepan tindakan tatatertib apabila lantang mengkritik Mahathir ketika dia menjadi perdana menteri kali kedua.
“Saya diberi tiga surat tunjuk sebab berturut-turut kerana mengkritik Mahathir atau bersuara menentang kesilapan yang dilakukan oleh PH.
8. “Jika tidak kerana sokongan besar akar umbi DAP, saya sudah disingkirkan,” tambahnya.
9. Liu berkata, beberapa rakannya daripada parti itu telah 'dibutakan dan terpesona' dengan kedudukan mereka agar bersikap tunduk dalam kerajaan.
10. Katanya lagi, apabila kerajaan tumbang, mereka enggan mengakui bahawa mereka telah ditipu dan perdana menteri yang mereka pilih sendiri telah "menjual" gabungan itu.
11. “Sesetengah orang di luar sana beritahu saya bahawa Mahathir berjaya mendiamkan kepimpinan PH dengan menggunakan taktik dengan mengula-gulakan mereka.
12. "Mereka kata Mahathir selalu mengugut untuk memecat menteri dan timbalan menteri untuk menutup mulut mereka. Mungkin ada kebenarannya," kata Liu.
13. Katanya, mungkin inilah sebabnya rakan-rakannya dalam DAP yang dahulunya dilihat 'berapi-api', diam membisu apabila Mahathir menerima ahli parlimen Umno untuk menyertai Bersatu, menyantuni sokongan PAS dan menghadiri Kongres Maruah Melayu yang kontroversi.



No comments: