KES NAJIB INSYA ALLAH SELESAI MASUK JEL SUNGAI BULOH...KITA NAK CARI SAKA TUA YANG SONGLAP DAN PELINGKUPKAN BANYAK RETA NEGARA PULAK LEPAS NI

 

Sokong Ismail sehingga kes Najib berakhir, kata Chin Tong



Ismail Sabri Yaakob menandatangani kerjasama politik dengan Pakatan Harapan pada September dengan pembangkang bersetuju untuk tidak menjatuhkan kerajaannya. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob mesti terus disokong sehingga kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri Najib Razak selesai, kata pakar strategi DAP Liew Chin Tong.

Pakatan Harapan harus mengekalkan pakatan politiknya dengan kerajaan Ismail, kerana akan ada pilihan raya umum mengejut apabila pakatan itu runtuh.

Ia ibarat “impian jadi kenyataan” untuk apa yang dipanggilnya “troika” Umno, terdiri daripada Najib, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden Mohamad Hasan.

“Jika troika memenangi majoriti, dua pemimpin kanan itu akan bebas dari penjara,” katanya dalam artikel yang disiarkan pada Ahad.

Liew berkata, Ismail hanya “50% Umno”, kerana rapat dengan gabungan Bersatu dan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin, yang juga saingan Umno untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu.

“Ancaman terbesar kepada jawatan Ismail Sabri adalah daripada kepimpinan teras Umno, dan bukan mana-mana pemain politik lain,” kata Liew.

Beliau menggesa agar kompromi diusahakan antara Pakatan Harapan, Perikatan Nasional dan pemimpin Umno yang tidak sehaluan dengan Najib dan Zahid.

“Perjanjian ini diperlukan untuk membawa kerajaan Ismail Sabri, sama ada dalam minoriti atau majoriti, sehingga akhir penghakiman Mahkamah Persekutuan Najib dan penyelesaian kes Zahid. Negara memerlukan satu penutup sebelum beralih ke pilihan raya umum,” katanya.

Najib telah merayu terhadap sabitan kesalahannya atas pelbagai pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram, manakala Zahid sedang dibicarakan atas dakwaan pecah amanah jenayah.

Liew berkata kepimpinan teras Umno “berkempen sengit” untuk menekan Ismail supaya membubarkan Parlimen “secepat mungkin” selepas kemenangan meyakinkan Barisan Nasional dalam pilihan raya negeri Melaka pada 20 Nov, dan penghakiman oleh Mahkamah Rayuan terhadap kes Najib.

Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Najib dalam kes rasuah SRC International bernilai RM42 juta. Beliau dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta pada Julai tahun lepas.

Penangguhan pelaksanaan hukuman dibenarkan sehingga kes selesai dirayu di Mahkamah Persekutuan.

Liew berkata satu-satunya cara untuk kedua-dua pemimpin itu mengelak daripada dipenjarakan ialah memastikan Umno memenangi pilihan raya umum akan datang, dengan salah seorang daripada mereka atau Mohamad Hasan sebagai Perdana Menteri.

Kedua-dua pemimpin itu telah menyebabkan kejatuhan dua kerajaan dan tidak akan teragak-agak untuk melakukannya sekali lagi, walaupun ia kononnya dipimpin oleh seorang Perdana Menteri Umno, kata Liew.


No comments: