LIHAT PERANGAI SAKA...SEMALAM DIA TIBAI CINA MALAYSIA PASAI GUNA SEPIT-INI DIA GUNA SEPIT TUNJUK PANDAI. JANGAN PERCAYA DIA NI...KAWAN CINA DIA SAMPAI LA JADI KAYA RAYA..AWAT MASA DIA TAK DAK KA MELAYU BOLEH KAYA

 

Najib sindir ‘kepakaran’ Dr M guna kayu penyepit




Gambar yang dikongsikan di Facebook Najib Razak yang dilihat menyindir Dr Mahathir Mohamad.

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Najib Razak menyindir Dr Mahathir Mohamad dengan memuji “kepakarannya” menggunakan kayu penyepit, sehari selepas kenyataan kontroversi Mahathir mengenai alat itu dan masyarakat Cina.

Najib mengongsikan gambar yang tidak bertarikh memaparkan Mahathir menggunakan kayu penyepit, dipercayai ketika “yee sang” dalam acara dipercayai sempena Tahun Baharu Cina, dengan disertakan kata-kata “Expert skill” (kemahiran pakar).

Mahathir turut diselar bekas rakan seperjuangan di bawah Pakatan Harapan kerana kenyataannya bahawa kaum Cina mengekalkan budaya dan cara hidup di Malaysia dengan memberi sebagai contoh bagaimana mereka menggunakan kayu penyepit ketika makan berbanding cara orang Malaysia yang menggunakan tangan.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang memegang jawatan Menteri Kewangan ketika pentadbiran Mahathir berkata, kenyataan bekas Perdana Menteri itu “simplistic” dan menyinggung kaum Cina.

“Adakah bererti orang Melayu menggunakan kayu penyepit atau garfu hilang kemelayuannya? Malah ramai bukan Cina di Malaysia dan Barat bangga dengan kebolehan menggunakan kedua-duanya tanpa hilang identiti bangsa,” kata Lim.


No comments: