RENUNGAN MALAM : PEDULIKAN APA ORANG KATA DAN MAAFKANLAH MEREKA KERANA IANYA TIDAK MEMBERIKAN KESAN SEDIKIT PUN PADA ANDA JIKA ANDA MELAKUKANNYA

 

Usry NorIE


Pada satu malam seekor ular telah memasuki sebuah kedai yang dimiliki oleh seorang tukang kayu. Kebiasaannya si tukang kayu ini akan membiarkan saja peralatan kerjanya berselerakan selepas dia habis berkerja. 

Ketika ular itu masuk ke sana, secara kebetulan ia telah terlanggar sebilah kapak yang di sandar di tepi dinding.  Kapak itu telah jatuh dan mengenai badan ular tadi. Ular mengalami luka. 

Ular beranggapan yang kapak itu ingin menyerangnya. Ia pun mematuk mata kapak itu berkali-kali. Kesannya, mulut ular itu pula yang berdarah. Malah giginya yang bisa itu juga patah kerana dia mematuk dengan sekuat tenaga.

Marah dan geram dengan kedegilan mangsanya kali ini, ular itu pun membelit dengan kuat hulu kapak itu pula. Tetapi semakin kuat dia membelit, semakin sakit dirasakan olehnya. Lama- lama ular itu semakin lemah dan akhirnya dia mati sendiri.

Pada pagi esoknya sewaktu tukang kayu itu masuk semula ke dalam kedainya, dia telah menemukan bangkai seekor ular yang sedang membelit kapak kepunyaannya. 

Moral of the story..

Sewaktu kita sedang marah, kita ingin melukakan hati orang yang mencetus kemarahan itu lalu kita pun menghambur kata-kata kesat dan tidak sedap didengar. 

Kita rasa kita telah berjaya menyakiti hatinya tapi setelah beberapa ketika kita mula menyedari bahawa orang yang kita hambur dengan kata-kata yang tak sedap didengar itu tetap seperti biasa. Sebaliknya hati kita yang semakin sakit melihat dia seakan tidak terkesan. 

Dendam atau marah itu seumpama ular yang membelit ulu kapak itu tadi. Perasaan itu terus menerus akan muncul dalam fikiran kita,  menusuk dan membakar batin kita sendiri. Kita tidak akan merasa puas sebaliknya semakin tertekan dan memakan diri sendiri.

Jadi, dalam sesetengah hal, belajarlah untuk melupakan. Ada ketikanya kita tak perlu memberi sebarang respon pun. Just let it be.. Jika semua  perbuatan orang terhadap kita, kita nak balas, kita tak ada masa untuk 'move on' dan yang susah adalah diri kita sendiri.


Isnin

11 Oktober 2021


No comments: