Mohd Puad Zarkashi Parti Kuasa Rakyat politics
                                                          Mohd Puad Zakarshi


KUALA LUMPUR – Kerajaan diingatkan jangan pula pendaftaran Parti Kuasa Rakyat (PKR) diluluskan tetapi tidak meluluskan pendaftaran Parti Ikatan Demokratik Rakyat Malaysia (Muda)

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata, kini ada dua Parti PKR, iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Kuasa Rakyat (PKR).

”Sama tapi tak serupa.

”Jangan pula pendaftaran PKR (baru) lulus, Muda tak lulus.

”Takut apa pada Syed Saddiq. Elok luluskan kedua-duanya,” katanya sambil bertanya bila pula parti baharu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan ditubuhkan.

Parti Penaja Kuasa Rakyat diasaskan oleh abang Perdana Menteri, Kamarazaman Yaakob semalam.

Parti baharu itu berkonsepkan nasionalisme marhaenisme yang memperjuangkan nasib rakyat terutama dalam kalangan golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) serta anak muda.

Katanya, parti itu tidak didorong atau diatur oleh sesiapa, sebaliknya 

dibentuk bersama rakan-rakannya dalam memperjuangkan hak rakyat 

miskin di negara ini.

Bagaimanapun, parti itu memutuskan untuk menjadi parti mesra kerajaan kerana apa yang ingin diperjuangkan tidak mampu terlaksana jika ia tidak mesra dengan kerajaan hari ini.