MELAYU MENGEMIS DI TANAH MELAYU DISEBABKAN PERBUATAN DAN KETAMAKAN PEMIMPIN MELAYU SENDIRI


May be an image of 1 person and text that says "LEMAH! MELAYU MENGEMIS DI NEGARA SENDIRI! M"


Melayu sepatutnya boleh berbangga kerana mempunyai pemimpin Melayu di barisan kabinet negara.
Melayu sepatutnya boleh berjaya kerana mempunyai hak keistimewaan sebagai penduduk pribumi di Tanah Melayu.
Melayu sepatutnya menjadi bangsa pertama yang memegang ekonomi Tanah Melayu kerana kita merupakan bangsa majoriti di bumi sendiri.
Tetapi kenapa sebaliknya yang berlaku?
Kerana pemimpin Melayu yang kita bangga itu hanya sekadar zahirnya sahaja Melayu, tetapi dalamannya rakus mengejar wang dan kuasa sehingga sanggup mengenepikan bangsa sendiri dan berbalah sesama sendiri.
Kerana hak keistimewaan yang kita peroleh itu hanya sekadar di kertas, zahirnya kita terpaksa berebut hinggakan ada pihak yang berani mempertikaikan.
Kerana pemimpin yang kita ada memberi peluang kepada bangsa lain untuk menguasai ekonomi.
Dimana pembela kita?Dimanakah keberanian pembela kita?

No comments: