KAH..KAH..PATUT SULTAN MURKA..PATUT KENA BUANG JADI MB SEBAB TAK TAHU ISU PULAU BATU PUTIH SEBELAH RUMAH....

 

Kerajaan batal semakan kes Pulau Batu Puteh susulan pandangan peguam asing



Pada 23 Mei 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa memutuskan kedaulatan Pulau Batu Puteh diserahkan kepada Singapura, manakala ‘South Ledge’ diputuskan milik negara di mana wilayah perairannya berada.

PETALING JAYA: Putrajaya membatalkan idea memohon semakan keputusan kedaulatan Pulau Batu Puteh, tiga tahun lalu, selepas mengambil kira pandangan konsultan perundangan asing, menurut dokumen mahkamah.

Dokumen itu menunjukkan, Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad, berpandangan semakan tidak perlu diteruskan demi kepentingan negara, termasuk mengambil kira faktor kos.

“Defendan pertama (Mahathir) berpendapat bahawa perlu ada perancangan dalam tuntutan semula ke atas ‘Middle Rocks’ (di mana Mahkamah Keadilan Antarabangsa atau ICJ telah memutuskan Malaysia mempunyai kedaulatan),” kata kerajaan dalam pernyataan pembelaan terhadap saman difailkan Mohd Hatta Sanuri, pada 28 Mei.

Kenyataan pembelaan yang difailkan minggu lalu itu telah dilihat FMT.

Pada 23 Mei 2008, ICJ memutuskan Singapura mempunyai kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh, manakala ‘South Ledge’ diputuskan milik negara di mana wilayah perairannya berada.

Pembelaan berkata, Kabinet turut bersetuju supaya semakan kes itu dibatalkan. Keputusan itu kemudian disampaikan kepada Sultan Johor pada 4 Jun 2018.

Pembatalan permohonan semakan telah direkodkan di ICJ, pada 29 Mei 2018.

“Keputusan kerajaan (defendan kedua) juga diperjelaskan Peguam-peguam Negara menerusi kenyataan media pada 31 Mei dan 13 Julai 2018,” kata pernyataan pembelaan itu.

Menurut pernyataan itu, bekas Timbalan Menteri Undang-Undang Mohamad Hanipa Maidin, turut menjelaskan keputusan berkenaan di Dewan Negara pada 3 September 2018.

Pada 2016, kerajaan Barisan Nasional membenarkan Peguam Negara Mohamed Apandi Ali, melaksanakan kajian dan kerangka perundangan sebagai persediaan untuk memfailkan semakan.

Apandi kemudian melantik dua peguam tempatan, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan Abu Bakar As-Sidek Mohd Sidek, serta tiga warga asing – Malcolm Shaw, Daniel Lincoln Bethlehem, dan Brendan Plant.

Kajian itu dijalankan secara rahsia dan hanya diketahui Apandi. Tiga dokumen kajian, yang tidak diserahkan bagi prosiding ICJ pada 2017, adalah untuk permohonan semakan difailkan.

Kerajaan berkata, ia berhak memfailkan permohonan membatalkan saman Hatta berkenaan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Hatta berkata, kerajaan tidak memberi penjelasan bagi pembatalan permohonan itu walaupun ada bukti baharu yang mengukuhkan tuntutan Malaysia terhadap pulau terbabit.

Hatta antara lain menuntut defendan menjelaskan keputusannya menarik balik permohonan itu, selain deklarasi bahawa ia cuai dan melanggar kepercayaan yang diberikan rakyat negara ini.

Hatta juga mahu defendan membayar minimum RM10 juta pampasan kepada setiap rakyat Malaysia kerana kehilangan kedaulatan pulau terbabit, yang turut dikenali sebagai ‘Pedra Branca’.