APA PUN BAGI AKU KENYATAAN HERMAN HASSAN INI AKAN TERJADI JIKA PH MEMERINTAH...WALAUN DAN MACAI YANG DUDUK DI ULU BANAT SANA AKAN MENGHENTAM...BUDAK BUDAK YANG KURANG SEKOLAH AKAN FAHAM SETAKAT YANG MEREKA FAHAM KERANA MENELITI FAKTOR KESALAHAN YANG DILAKUKAN..ITULAH PERSEPSI BUDAK MELAYU YANG TAK CERDIK.
Shahbudin Husin suruh aku jawab soalan Herman Haassan ... ini jawapannya...
Bagi yang merasakan mahkamah telah melakukan khilaf dalam mengadili kes ini minta untuk baca tulisan ni.
Oleh: Peguam Mufarwa Farid
1. Perempuan ini tidak mabuk dan bukan dalam pengaruh dadah ketika memandu.
2. Beliau terbukti memandu dalam keadaan yang betul dan cermat, dan bukanlah memandu melebihi hadlaju yang dibenarkan.
Hasil dapatan Puan Majistret (melalui portal Utusan Malaysia):
“Keterangan tertuduh dia yang memandu di bawah had laju dan berada di lorong paling kiri lokasi kejadian iaitu Jalan Lingkaran Dalam juga bertepatan dengan hasil kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), yang mendapati kenderaan tertuduh sama ada dipandu pada kelajuan 44.5 kilometer sejam atau 75.8 kilometer sejam,”
3. Mahkamah juga mendapati bahawa perempuan ini tidak tahu ada aktiviti basikal lajak di jalanraya tersebut.
Puan Majistret berkata (melalui portal Utusan Malaysia) :
“Tertuduh yang dalam perjalanan pulang dari perarakan dewa Pesat Chingay menyatakan beliau tidak tahu ada aktiviti basikal lajak pada waktu itu dan tiada sebarang amaran terhadap keberadaan kumpulan basikal lajak di situ."
4. Malah, Mahkamah juga berpuas hati dengan hujah faktor muka bumi jalan raya seperti mendaki bukit, keadaan gelap dan berselekoh menyebabkan perempuan tersebut tidak dapat melihat aktiviti basikal lajak itu.
5. Ditambah pula, ada keraguan terhadap identiti pemandu pemandu sebenar. Perempuan itu mendakwa, dia bukanlah pemandu sebenar, tetapi seorang lelaki berbangsa Cina yang lain.
6. Ini bermaksud, perempuan itu bukanlah driver, tetapi penumpang sahaja. Mahkamah berpuas hati dengan kemungkinan ini dan menambah bahawa Pegawai Penyiasat gagal melaksanakan siasatan dengan sempurna.
Ini dapatan Puan Majistret (sumber Utusan Malaysia) :
“Timbul keterangan saksi lain yang mencetuskan persoalan yang gagal dijelaskan. Oleh itu, tertuduh tidak boleh dihukum atas kegagalan pegawai penyiasat melaksanakan tanggungjawab beliau dalam menyiasat kes dengan sempurna,"
7. Kesimpulannya, perempuan ini dilepaskan dan dibebaskan atas beberapa faktor:
i- Ada kemungkinan pemandu sebenar bukanlah perempuan ini, tetapi orang lain. Dia hanyalah penumpang.
ii- Kalaupun beliau yang memandu, pemanduan tersebut dilakukan dengan cermat dan dalam hadlaju ditetapkan.
iii- Tertuduh tidak tahu ada aktiviti basikal lajak pada masa tersebut.
iv- Jalanraya berbukit, gelap dan berselekoh yang memustahilkan tertuduh dapat melihat mangsa.
v- Siasatan daripada Pegawai Penyiasat yang tidak sempurna.
8. Bukan sebab dia ada duit, bukan sebab dia berbangsa Cina, bukan sebab undang-undang suka lepaskan pemandu mabuk, dan bukan sebab lawyer dia rasuah.
9. Kita asyik suruh bayangkan kalau mangsa tu adalah anak-anak kita. Ya betul, kita simpati dan empati.
10. Tapi kita juga patut bayangkan kalau pemandu itu adalah diri kita. Sudah pasti, kita juga mahu diadili. Melihat nyawa manusia terkorban depan mata pun, sudah menjadi hukuman terbesar dalam hidup.-Peguam Mufarwa Farid-
MalDef
Undang-undang tidak ditegakkan atas dasar emosi semata-semata.