MUDAH SAHAJA...BUBAR DUN LAWAN DULU..JANGAN DILANTIK KALAU BEKAS UMNO KERANA MEREKA AKAN KHIANATI JUGA


“Hati-hati YB Adly, dengan 4 pelompat takut nanti jadi pembelit”


Berikutan perkongsian dua keping gambar hasil tangkapan bekas Ketua Menteri Melaka Adly Zahari mengundang peringatan dan nasihat daripada netizen di ruangan komen.

Naib Presiden AMANAH itu gemar manghabiskan masa dengan melakukan aktiviti bercucuk tanam dan menangkap ikan telah menunjukkan seekor ular berbisa di dalam bubunya.“Tangkapan pagi ini, ada yang pelik (emotikon ular).

Hasil tangkapan beliau bersama seekor ular berbisa menjadi perhatian netizen

Rata-rata netizen meninggalkan komen berikutan situasi politik di Melaka yang belum ada penyelesaian setelah empat ADUN menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Sulaiman Md Ali baru-baru ini.

“Tn hj adly, hati2 dgn 4 pelompat, takut2 nnt jd pembelit, membelit perumah spi hilang nyawa,” kata Mahdi Baharom

“Len macam ulau ni, yg besar mcm ni biasa dah janjikan jawatan KM,” komen Ahmad Arsad Abdullah.

“Biau ulau besau tu mentedarah katak katak katak katak (4 ekor) dengan lahap,” komen Hawa Mat Din

“Mohon YB lepaskan balik..dyo merayau mncari KATAK tu..biar dyo NGAP sekor²..”komen Mohamad Alfendi

“Ular bahaya yb silap ari bulan dia patuk kita yb,” komen Khai Mai.

Politik Melaka menjadi tidak menentu hari ini apabila empat Adun iaitu bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) hilang kepercayaan terhadap Sulaiman.

Ditambah pula Yang Di-Pertua Negeri Melaka Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam telah membubarkan DUN yang mana telah memberi laluan untuk Pilihan Raya Negeri diadakan, bagaimanapun ramai pihak tidak bersetuju diadakan pilihan raya dalam keadaan Covid-19 masih belum reda.

Malah ada pihak yang mahukan Melaka diisytihar darurat seperti mana pernah dibuat di Sarawak bagi menghalang pilihan raya.

 

No comments: