PENDEDAHAN STRATEGI SEBENAR NAJIB RAZAK TUKAR PEGUAM DALAM KES SRC .


Assalamualaikum. Apa khabar semua?


Ramai yang menyangka tindakan Najib menukar peguam pada saat akhir adalah strategi terbaharunya untuk memenangi kes, sekaligus dibebaskan.


Ini salah sama sekali!


Najib bukanlah hendak memenangi kesnya. Bekas peguam Najib, Shafie Abdullah juga telah lama tahu Najib akan kalah di Mahkamah Persekutuan.


Bukti Najib mencuri wang SRC sangat kuat dan tidak boleh dipertikaikan lagi.


Ia disokong oleh jejak pergerakan duit (money trails), bagaimana Najib membelanjakannya dan bagaimana Najib menyalahgunakan kuasanya.


Semua ini telah dibuktikan dengan sangat kukuh.


Najib dan barisan peguamnya, baik Shafie, Jonathan LaidLaw (yang ditolak mahkamah), Zaid Ibrahim atau Hisyam Teh tahu sudah tiada cara untuk menang di Mahkamah Persekutuan. Noktah.


Jadi, kenapa Najib secara mengejut menggantikan Shafie dengan Hisyam Teh melalui firma guaman milik Zaid?


Mereka hanya mahu mencetuskan kontroversi dan Zaid tahu apa yang perlu dilakukannya. Tugasnya bukanlah untuk memenangi kes.


Dia dibayar untuk menjadikan mahkamah sebagai pentas drama bagi menunjukkan Najib adalah mangsa kezaliman apabila dinafikan hak untuk mendapat keadilan. 


Bukankah kita semua telah menyaksikan bagaimana peguam Hisyam Teh ‘beraksi dengan baik’ apabila secara tiba-tiba tidak mahu lagi mewakili Najib.


Tujuan mereka hanya untuk membentuk pemikiran masyarakat bahawa Najib adalah mangsa pendakwaan politik dan terdapat gerakan terancang untuk menghantarnya ke penjara.


Tetapi mood dan suasananya perlu dicipta bagi membolehkan mereka menghadap Seri Paduka Baginda dan menyembah maklum bahawa rakyat menyaksikan bagaimana Najib telah menjadi mangsa ketidakadilan.


Mereka kemudiannya akan memberitahu yang rakyat sudah bersiap sedia untuk bangkit. Maka, sewajarnya Tuanku mengembalikan keadilan melalui pengampunan diraja kepada Najib.


Ini adalah strategi sebenar mereka. Namun kejayaannya bergantung kepada kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada PRU-15 secara solo.


Dengan kuasa mutlak itu, mereka boleh memilih Perdana Menteri dan mengarahkannya menasihati Agong supaya Najib diberi pengampunan diraja.


Di sinilah ramai yang tersilap ‘baca’ dengan beranggapan segala drama di Mahkamah Persekutuan sepanjang minggu sebagai taktik Najib untuk melengahkan perbicaraan dan menyusun strategi baharu.


Tidak sama sekali!


Najib dan peguam sebenarnya telah mengangkat bendera putih apabila tiga hakim Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib.


Serentak dengan itu, kem Najib mula ‘mengasah senjata’ dan merancang bagaimana cara untuk mencetuskan keraguan dan mula memburuk-burukkan mahkamah.


Sasaran pertama mereka ialah Hakim Nazlan Ghazali dan sesuatu perlu dilakukan supaya perhatian masyarakat teralih sehingga Najib dilihat sebagai mangsa kezaliman.


Seterusnya, mereka menyerang Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun untuk menjejaskan nama baiknya dan integriti Institusi Kehakiman Negara secara keseluruhannya.


Terserahlah kepada anda untuk menpercayai atau menolak coretan ini tetapi bermula hari ini, bukalah mata seluas-luasnya dan perhatikan apa yang bakal dilakukan Najib dan peguamnya.


Perhatikan juga bagaimana media seperti portal MalaysiaGazette melaporkan kes mahkamah Najib dan perhatikan juga gerak-geri individu seperti Lokman Adam dan Raja Petra.


Kerana segalanya adalah berkisar kepada usaha menggambarkan Najib sebagai mangsa pendakwaan politik sebagaimana yang dilakukan Anwar Ibrahim sewaktu bergelut dengan kes liwat dahulu,


Terima kasih kerana membaca coretan panjang ini dan jika anda prihatin dengan masa depan negara yang kita cintai ini, saya mohon ia disebarkan.


Nota : Ini adalah transkrip yang diterjemahkan KAKA daripada rakaman audio yang tular dalam media sosial


No comments: