Kenapa Pas Amat Memalukan Islam ?

 Silalah baca.


Kenapa Pas Amat Memalukan Islam ?


1. Apabila Najib disabitkan kesalahan dengan penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dalam perbicaraan SRC, Haji Hadi dan pemimpin tertinggi Pas segera datang memberikan sokongan moral kepada Najib. Kata mereka 'Najib sahabat sejati'.


Impresi orang bukan Islam (OBI) : Islam, seperti contoh pemimpin Pas tiada masalah dengan korupsi malah melindungi orang yang korup.


2. Pemimpin Pas menukar kenderaan rasmi kepada Mercedes setelah mendapat peruntukan dari bantuan Pusat untuk rakyat Kelantan. Ada juga seorang Menteri Besar Pas yang 'dibelikan Vellfire baru' untuk kegunaan MB (kemudiannya didakwa untuk kegunaan Syarikat Air) oleh Syarikat Air negeri yang sebenarnya mengalami kerugian. Peliknya Vellfire ini disembunyikan di sebuah rumah buruk dengan ditutup dengan kain. 


Impresi OBI : Islam, seperti contoh Pas mengutamakan kemewahan kepada pemimpin Pas . Orang Islam boleh bermuka-muka menunjukkan kononnya mereka tawadduk dan faham tentang orang miskin tetapi ada citarasa tinggi dengan kemewahan. Mereka ada kapasiti hipokrit tahap dewa.


3. Haji Hadi diberikan jawatan bertaraf menteri ke Timur Tengah. Tetapi, tidak diketahui apa hasilnya dan apa yang diusahakan dengan gaji setinggi Menteri. Haji Hadi menerima jawatan ini tetapi tiada senarai tugas yang dapat dilihat. Apabila berlaku krisis seperti pembunuhan guru oleh orang Islam di Perancis, tiada sepatah suara yang kedengaran dalam media bagi meredakan keadaan mahupun membetulkan fahaman yang salah. Isu Palestin, Syria dan Iran juga kosong untuk dicerap sebarang usaha dari beliau. 


Impresi OBI : Islam, seperti contoh Pas, tidak mengambilkira halal gaji yang diterima. Malah jawatan boleh dirasuah sebagai tukaran bagi sokongan kepada yang memberikan jawatan.


4. Haji Hadi apabila ditanya dalam sebarang rancangan soaljawab di kaca TV jawapannya sentiasa ke laut dan melalut. Tidak dijawab satu pun soalan dengan rasional.


Impresi OBI : Islam, seperti contoh Pas, tidak mementingkan elemen fikiran, rasionaliti dan intelek. 


5. Pemimpin Pas sebelum berkuasa berhempas pulas mahu kilang arak diharamkan tetapi apabila berkuasa berkata, arak adalah hak orang bukan Islam. Mereka yang dulunya menuduh UMNO kafir tiba-tiba boleh pula menerima UMNO. 


Impresi OBI : Islam, seperti contoh Pas, tidak mementingkan prinsip dan semuanya boleh diubah, termasuk hukum agama asal saja ada untung politik.


6. Pemimpin Pas (Menteri) yang pulang dari Turki telah melanggar kuarantin malah didenda (dia membayarnya). Tetapi dolak daliknya apabila kes ini timbul menyerlahkan sifat hipokrit. Dia dilepaskan akhirnya bukan kerana melalui proses Undang-undang tetapi atas pilihan tidak diangkat kesnya ke mahkamah oleh Pendakwaraya (keputusan Kerajaan dan tentu anda dapat meneka sebabnya) 


Impresi OBI : Islam, seperti contoh PAS, tidak mementingkan integriti. Mereka boleh menipu dan tidak beramanah.


7. Pemimpin PAS di Kelantan menaikkan gaji exco antara RM3,000 hingga RM5,000 (dalam keadaan Kelantan tidak pun ada dana mencukupi untuk membayar kakitangan kerajaan Negeri dan perlu meminjam dari Pusat). Gaji dinaikkan dalam keadaan rakyat susah semasa pandemik Covid. Ini berbeza dengan potongan gaji 20% Menteri-menteri di New Zealand.


Impresi OBI : Islam, seperti contoh Pas, mengutamakan diri sendiri dari memahami kesusahan rakyat. Mereka juga tidak perlu bimbang dengan sokongan dan undi kerana rakyat yang mengundi mereka sudah di'bodoh'kan dengan menerima apa sahaja 'fatwa' yang mereka putuskan. Orang Islam Pas diajar untuk tidak berfikir dan terima semuanya.


8. Seluruh dunia kini dapat melihat 'kehebatan' pemimpin Pas yang mendapat kuasa. Mereka akan berterus-terusan memastikan orang Islam bodoh kerana itu akan memudahkan untuk mereka berkuasa. Mereka akan memakai pakaian nampak seperti 'Islamik' dan memetik beberapa ayat Al Quran. 


9. Malangnya, dalam mereka menunjukkan imej luaran yang kelihatan Islamik, semua ini menjadi impresi orang bukan Islam terhadap Islam. Pas adalah satu papan iklan yang teramat buruk untuk Islam. Pas memaparkan sifat-sifat syaitan, hipokrit, tidak berintegriti, mesra rasuah, mementingkan kemewahan diri, bermuka-muka, merendah-rendahkan orang lain sebagai kurang Islam dan semua ini ada sifat munafiq tahap tertinggi yang dipandang oleh orang di seluruh dunia.


10. Pemimpin-pemimpin Pas sedikitpun tidak malu dan ini tidak dibantu oleh pengikut mereka yang sudah di'bodoh'kan dengan bungkusan 'Islamik' sedangkan kandungannya 100% bukan Islamik. 


11. Pas akan berterusan menggunakan modus operandi menyebut 'Islam' berulangkali tidak kira betapa korup dan tidak berintegritinya mereka. Tidak ada pengisian intelek dan pengikut mereka akan berterus-terusan diajar untuk tidak berfikir dan 'menyangka' akan berakhir dengan syurga. Malangnya, dengan sifat-sifat mereka yang 'jauh dari ahli syurga' selain dari bungkusan luar yang mahu dilihatkan sebagai 'Islamik', jalan ke syurga melalui Pas hanyalah laluan yang menyesatkan.


12. Orang Islam yang sejati memakmurkan ilmu, membudayakan pemikiran, sangat empatik terhadap mereka yang lemah dan susah, penuh hikmah dan kasih sayang dan menunjukkan sifat integriti, amanah dan jujur. Semua sifat ini tidak ada dalam Pas.


Kerosakan imej terhadap Islam yang dilakukan oleh Pas adalah teramat besar. Pas adalah satu tragedi besar terhadap Islam dan memberikan impresi yang salah terhadap Islam. 


Pas sangat memalukan Islam dan mereka akan disoal di akhirat kelak dan hukumannya tentu amat berat kerana kesannya teramat buruk. 


Dr Nazmi Aril Osidea



No comments: