BETUL TAK TAHU ? KAH..KAH...PEMBOHONG KEPADA MAHACAI BOLEH LAH NAJIB.

Najib tak tahu duit masuk ke dalam akaunnya? Tak mungkin. Sebab Najib sedar dia telah habiskan RM43 juta daripada RM49 juta yang dia dakwa dari derma Arab.

Juga terdapat perbualan Blackberry Messenger antara Najib dan Jho Low yang menguruskan akaun Najib di mana Najib bertanyakan bakinya. Takkan tau tahu juga lagi?

Najib juga direkodkan keluarkan cek atau transfer duit keluar malah sebelum duit betul-betul masuk ke dalam akaunnya. Takkan dia berani buat kalau tak tahu duit akan masuk?

Kalau pengakuan tak tahu Najib ini diterima, lain kali siapa yang merompak, boleh beri duit kepada orang lain dan suruh orang itu transfer masuk ke akaun dia.

Andai kata tertangkap, cakap je tak tahu ada duit masuk dan dia cuma tahu belanja saja. Kalau Najib lepas, siapa yang guna alasan seperti ini juga mesti dilepaskan oleh mahkamah..

Jumlah debit/kredit Najib dalam 3 akaun semasa untuk tempoh 3 tahun adalah RM606,510,436.66. Boleh baca di sini: https://bit.ly/3dJ1hew. Lebih setengah bilion! Najib bisnes apa ada duit banyak tu? Guane boh?

Raja Gelap

 



No comments: