MAMPOIH LA HANG ZURAIDA- KAWASAN AMPANG TU LAMA DAH PKR KUASAI...KETUA CABUT ANAK BUAH DAN RAKYAT TAK CABUT....


Cabang Ampang tumpukan gerak kerja pilihan raya - Syed Ahmad






Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 yang boleh diadakan pada bila bila masa memerlukan penyusunan rapi jentera pilihan raya Cabang KEADILAN Ampang.


Bagi Ketua Cabang Ampang, Syed Ahmad Syed Abd Rahman atau lebih dikenali sebagai Ultimet, persediaan sedang disusun dengan beberapa strategi pilihan raya baharu yang diharap akan menarik sokongan pengundi kepada KEADILAN.


"Saya telah buat persediaan dengan pengarah operasi pilihan raya, saudara Ikrami. Dia mencadangkan beberapa strategi baru yang dicampur strategi lama, sebab sentimen sudah bertukar," katanya kepada Suara Keadilan usai Majlis Serahan Sumbangan untuk pelajar dan Majlis Pelancaran Pusat Perkhidmatan Pinjaman Perumahan, anjuran Persatuan Inisiatif Bina Ummah (IBU) dan Masjid Ukay Perdana bersama Penyelaras Ampang, Rodziah Ismail, semalam.


Menjawab soalan media sama ada Syed Ahmad berminat untuk menjadi calon di parlimen berkenaan, beliau berkata tidak mengharapkan diangkat sebagai calon.


"Jika yang terbaik untuk Ampang saya bukan calon. Saya ok saja.


"Sebagai Ketua Cabang sekarang tanggungjawab saya banyak, kerja banyak. Jadi saya nak fokus kerja saya, tak nak fikir benda lain. Kita kena perkasakan jentera kita," katanya.


Mengenai gerak kerja yang dilakukan di Cabang Ampang pula, Syed Ahmad berkata, cabang itu lebih menumpukan kepada pilihan raya umum.


"Sekarang aktiviti banyak fokus kepada jawatakuasa pilihan raya Cabang. Mesyuarat Cabang, mesyuarat politik dibelakangkan sedikit kerana pilihan raya hampir tiba," katanya lagi.


Beliau juga berkata, hubungan pasukannya dengan Penyelaras Parlimen berjalan baik dan beliau menghargai Exco Selangor, Rodziah Ismail yang dapat membahagikan masa untuk menyelaras aktiviti di Ampang.

No comments: