SHAMSUDIN NAWAWI
Nota : Gambar memang lari tajuk. Itu budak2 baru lepas bersunat masuk jawi ehsan google.
Jangan lah terbayang ke cytro fake account pulak...
Sejak petang tadi saya sangat kecewa.
Tuan2 dan Puan2 mungkin sudah membaca Press Statement Bar
Council. Bila saya baca itu mood terus hilang. Biasa makan bertambah. Ini
sempat satu pinggan sahaja.
Apa yang ditulis oleh Bar Council mengguris jiwa dan hati saya.
Mereka mengatakan akan mengambil tindakan disiplin terhadap
peguam2 yang mewakili Najib di Mahkamah Persekutuan.
Saya setuju dengan tindakan itu! Peguam memang terikat dengan
The Legal Profession (Practice and Etiquette) Rules 1978
(“LPPER”). Ianya bagi tujuan peguam bertindak dengan penuh beretika dan
professional. Peguam adalah officers of the Court. Tidak boleh peguam
mempersendakan atau Abuse the Process and Brings Disrepute to the country's
Justice System. Peguam tidak boleh jadi conduit atau bersubahat untuk melakukan
situasi bahawa mahkamah itu tidak adil, tidak memberi peluang dan menekan
sesiapa pun.
Peguam2 yang akan diambil tindakan itu adalah peguam2 senior.
Ada yang sudah jadi peguam lebih dari 40 tahun, 30 tahun dan mungkin lama lagi.
Kalau peguam muda baru setahun jagung boleh lah difahami kenapa
mereka terlalu naif untuk mengikut rentak dan drama oleh anak guaman. Sehingga
adanya anasir2 taksubers yang sanggup mengugut bunuh dan lain2. Setakat cytro
nak mengacah2 di wall itu, saya tak pelik sangat. Itu kerja budak2 tak masuk
jawi lagi.
Tindakan disiplin nanti berisiko mereka dinyahsenarai Struck of
the Roll. Tidak boleh practice lagi.
Tapi on the other hand, mungkin mereka buat begitu kerana
ganjaran berbaloi.
Itu lah yang boleh tenangkan hati saya sikit.
Itu lah yang buat saya boleh menulis lagi.
Nota : Gambar memang lari tajuk. Itu budak2 baru lepas bersunat
masuk jawi ehsan google.
Jangan lah terbayang ke cytro fake account pulak...