KES SRC- 19/8/2022 [RECAP]











KES SRC- 19/8/2022 [RECAP]

Hari ni saya cari update Berita Harian secara langsung, takde keluar pula. Selalunya ada. So tak boleh nak update kehadiran penyokong NR seperti hari2 lalu. Jadi kita proceed untuk update drama striker, eh.. peguam dia.

Ingat semalam saya cakap. Sequence hujah ni dah lari. Sebab banyak sangat stunt Peguam Najib semalam, nak tarik diri la, nak tunda la, nak masuk hujah baru la, makanya Mahkamah kata, take your time, biar Pendakwaan berhujah dulu. Jadi pukul 9.30 pagi, Pendakwa (DPP) perkenalkan diri dan mulakan kes.

1. PEGUAM DIPECAT DAN DRAMA LAIN

Tiada ribut, tiada angin, tetiba lawyer Hisyam maklumkan yang NR pecat lawyer dia yang lain. Zaid Ibrahim dan dua lagi. Tiada pula cakap kenapa.

Mahkamah hanya respon “Baiklah”… dan terus bagi DPP sambung hujah. Hujah2 DPP padat2 belaka. Itu saya akan masuk posting berbeza, esok saya update semua. Sebab ni nak cerita pasal drama kat Mahkamah tadi.

Lepas lunch, pukul 3.30ptg, Lawyer Hisyam bangun lagi, dia kata nak mintak penangguhan sampai hari Khamis. Sebabnya dia ada kes Zahid Hamidi pada Isnin dan Selasa ini.

DPP mencelah, katanya pihak Pembelaan ini seperti tidak mahu langsung berhujah, asyik nak postpone. Kalau macam ini, Mahkamah patut buang je kes ini. Mahkamah punya kuasa.

(Kalau buang kes, Najib akan terus masuk dalam la).

Mahkamah setelah mendengar kedua2 belah pihak, menyatakan mereka skip hari Isnin nanti. Dan lawyer Hisyam boleh mula berhujah hari Selasa. (Beri ruang untuk dia buat kes Zahid Hamidi sehari).

Mamat ni jawab “Saya tak rasa begitu. Saya takkan berhujah”.

Mahkamah jawab “Anda ada dari hari ini, Sabtu, Ahad dan Isnin untuk bersedia. Kalau taknak hujah lisan, hujah bertulis pun takpa la”

Dia masih ketegaq.

Mahkamah jawab “Oklah, kita lihat Selasa ni ya”

Mahkamah tamat untuk minggu ini. Sambung Selasa, dengan Lawyer Hisyam kena mulakan kes dia pula.

*****************************************************

Ulasan saya simple.

(1) NR ada berbulan sebelum ini untuk buat persediaan sewajarnya. 2 minggu sebelum kes nak mula, dia pi tukar lawyer. Tukar yang baru, ingatkan lagi gempaq la. Tapi yang ni set lawyer postpone je ni apa cerita? Takde langsung sebutir alasan pembelaan dia keluar. Derma Arab ka, kena tipu Jho Low ke. YILEK! Yang lawyer dia nak hanya nak tunda.

(2) Pemecatan Zaib Ibrahim tu saya cannot brain. Kes tengah berjalan di Mahkamah Persekutuan. You need all the help you can. Baru pulak lantik kawan tu 2 minggu lalu, alih2 hari ni kena pecat. Saya agak, memang mereka taknak jalan langsung kes ni la gamaknya. Kalau banyak sgt lawyer, sorang tarik diri, ada yang lain. Tatap kena jalan la.

(3) Lagi satu, di luar sini dok ratib isu konflik kepentingan Hakim Nazlan. Kena paham ya, kalau betul pun Mahkamah terima bukti Hakim Nazlan ada konflik kepentingan, bukannya Najib boleh didapati tidak bersalah. Kesannya ialah, kes kena mula dari awal, dengan Hakim baru pula. Itu yang NR nak. Walhal, seperti keputusan hakim dulu semalam, 5 syarat dalam kes R v Parks tu NR tak penuhi. Itu sebab usul ditolak. Simple.

(4) Antik2 banyak akai ni dah kena sound dengan Majlis Peguam. Mereka dah keluar kenyataan yang kelaku peguam Najib ni tak professional dan menyalahi Ethics mereka. Boleh juga dikena tindakan displin. Saya tak tahu la nasib lawyer Najib ni kemudian. Kalau ada salah laku, mungkin lesen boleh kena beku.

(5) Hari ini juga, kecoh mengenai serangan demi serangan ke atas Mahkamah melalui Media Sosial. Paling kena teruk ialah Ketua Hakim Negara, Tengku Maimoon. Semalam orang up cerita suami dia main phone. Hari ni pulak ada ugutan membunuh.

(6) Tapi kita tengok antik dia di Mahkamah. Cukup cool dah. Siap bagi muka pada lawyer Najib untuk postpone sehari lagi. Mana datang tak adilnya tu?

(7) Saya tabik Ketua Polis Negara yang dah keluar kenyataan mengenai ancaman kepada Mahkamah. Akan disiasat segera. Ada ke takde aduan, mereka akan terus mula siasatan. Siap ada Unit Khas CID akan mula bergerak hari ini juga, untuk menjaga integriti Kehakiman.

(Description: 😎 Majlis Peguam juga dah keluar kenyataan. Bersolidariti dengan Mahkamah. Mereka menetang keras mana2 tindakan yang boleh mengganggu gugat sistem keadilan negara. Dan menyeru tindakan segera ke atasnya.

(9) Makanya, tuan puan. Kena ingat hari minggu ini propaganda akan bertiup kencang untuk discredit hakim. Bolayan dan jangan terima bulat2 sahaja. Sebab kita dah tahu game mereka.

(10) Esok saya ada hutang dengan tuan puan:

(i) Ringkasan hujahan DPP

(ii) Melawan propaganda Raja Arab

(iii) Melawan propaganda Zeti & suami

Esok kita bersiaran lagi ya.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 


 

No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

DIA DAH DITOLAK DI DUN PENANTI. PERMATANG PAUH. BALIK LAH KEDAH USTAZ OIIIII....MAI CARIMAKAN DI PENANG PUN SUSAH JUGA...KULIAH DIA PUN BANYAK SEMBANG JUGA.

BALIK PE LAWAN DI KEDAH NU...   Kata dah PAS dah tukar zikir harian tapi walaun tak percaya..dulu ratib DAP DAP sekarang TOLAK PH, PH 22 BUL...