KAH..KAH...TU LA MACAI..MALAS BACA DAN KURANG ILMU...KENAPA MARAH HAKIM, MENGAPA TAK DISANGGAH ISU POKOK RM42 JUTA MASUK KE AKAUN PERIBADI?





 Beberapa pemimpin utama UMNO nampaknya begitu bersungguh-sungguh mengkritik hakim dan badan kehakiman di ketika rayuan Najib Razak dalam kes SRC International semakin berada ke penghujung.

Ia berikutan keputusan sebulat suara lima hakim menolak dua permohonan Najib dalam proses rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan iaitu yang pertama, untuk mengemukakan bukti baru berkaitan hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali atas dakwaan konflik kepentingan dan kedua, memohon penangguhan sehingga tiga atau empat bulan dengan alasan peguam baru yang dilantik memerlukan masa yang mencukupi untuk membuat pembelaan.

Dalam hal ini, Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat paling menjadi sasaran dengan dikritik tidak berlaku adil, merosakkan sistem keadilan serta termasuk ada yang membuat ugutan terhadapnya.

Tidak cukup dengan itu, suaminya yang didakwa hadir ketika pendengaran kes rayuan Najib di mana gambarnya tengah memegang telefon bimbit telah diberikan bermacam tafsiran yang bertujuan menjejaskan imej Ketua Hakim Negara itu.

Lebih jauh lagi, tulisan suami Tengku Maimun di laman sosial berkaitan Najib pada 2018 turut diviralkan kembali dengan maksud serta tujuan yang sama.

Selain beberapa pemimpin UMNO dilihat melakukan serangan kepada hakim dan badan kehakiman, laskar maya parti itu turut sama melakukannya dengan bentuk serangan lebih keras lagi, terutama berkaitan suami Tengku Maimun.

Sesetengah kritikan tersebut, baik oleh pemimpin UMNO mahu pun laskar mayanya, ia bahkan jelas menjurus kepada menghina badan kehakiman tertinggi negara ini.

Soalnya, apakah dengan melakukan serangan sedemikian, bukti baru masih dapat diketengahkan dan penangguhkan boleh diberikan?

Sudah tentu jawabnya tidak, tambahan lagi Tengku Maimun telah berkali-kali menegaskan tiada penangguhan lagi akan diberikan dan jadual pendengaran yang telah ditetapkan iaitu 15-26 Ogos adalah muktamad.

Jadi, untuk apa mereka menyerang Ketua Hakim Negara dan mengaitkan dengan tulisan suaminya pada 2018 itu yang dengan mudah sebenarnya boleh difahami langsung tidak relevan lantaran pada tahun tersebut, Tengku Maimun belum lagi memegang jawatan tertinggi badan kehakiman negara ini.

Apa kaitan kerjaya Tengku Maimun dengan kerja atau tulisan suaminya?

Ataukah tujuan mereka untuk menghasut rakyat agar membenci badan kehakiman?

Kalau mahu dikira, bukan saja majoriti rakyat tidak bersama dan mengkritik Najib pada 2018, bahkan sebahagian yang menjadi penyokong bekas Perdana Menteri itu sekarang ini pun adalah pembalun beliau juga pada 2018 dahulu.

Maka, nak hairan apa?

Dalam rayuan kes SRC International ini, perkara pokok dan terpenting sekali yang harus disedari ialah tentang kemasukan wang daripada dana syarikat itu sebanyak RM42 juta ke akaun peribadi Najib dan bagaimana wang itu telah dibelanjakannya.

Dalam hujahan pendakwa, disebutkan bahawa Najib sendiri memang sedar kemasukan wang itu ke dalam akaun bank peribadinya dan tahu ia datang daripada SRC International.

Sepatutnya, jika ingin mengukuhkan hujah rayuan, yang perlu disangggah atau dinafikan ialah tentang kemasukan wang sebanyak RM42 juta itu serta perbelanjaannya.

Kenapa tidak dibuktikan wang itu tidak pernah masuk ke akaun Najib dan beliau juga tidak pernah berbelanja mewah dengannya?

Mengapa untuk tujuan membebaskan diri atau melepaskan Najib daripada pertuduhan, perkara yang melibatkan hakim yang cuba dijadikan sebagai sandaran?

Ibarat bermain bola, kalau sudah ketinggalan 0-4, usaha yang sepatutnya dilakukan untuk membolehkan menang ialah dengan berusaha menjaringkan sekurang-kurangnya 5 gol ke gawang lawan, bukannya dengan menyerang pengadil agar permainan dapat ditamatkan, kemudian diadakan perlawanan semula.

Kalau perbicaraan semula diadakan pun, tetapi kemasukan wang RM42 juta dan perbelanjaannya tidak dapat disanggah, walau di depan hakim baru – boleh menang ke? – Shahbudin Husin 20/08/2022.



No comments: