GAMBAR KETIKA BERUCAP DI YAYASAN AMAN .MAJLIS MENYAMPAIKAN 400 CERMIN MATA BUAT PENDUDUK PERMATANG PAUH
Anwar Ibrahim menempelak kerajaan pimpinan Bn/Umno yang dikatakan tidak tahu bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku dalam Negara sekarang ini. Menurut beliau kerajaan seringkali memberikan jawapan yang dilihat rakyat sebagai sart cubaan untuk berselindung dengan berbagai jawapan yang rakyat anggap sebagai cuba memperbodohkan mereka.Beliau berucap demikian di Galeri Pejuang Cherok Tok Kun sempena lawatan beliau ke kawasan Parlimen Permatang Pauh baru-baru ini. Menurut Anwar, Negara luar memandang Malaysia sebagai sebuah Negara yang lemah dan banyak berlakunya rasuah sehingga menjauhkan pelabur dan pandangan serong Negara luar.
Sebelum itu, pada sebelah petangnya beliau memberi bantuan cermin mata kepada 400 penduduk miskin termasuk warga emas di kawasan parlimen Permatang Pauh, beliau juga menghadiri jamuan makan bersama kaum tionghua di Bukit Mertajam bersama ketua menteri Lim Guan Eng dan ahli Exco kerajaan yang lain.
“Bayangkan kerajaan Malaysia kini sampaikan lebih 50 tahun merdeka dan punya hasil minyak 70 billion dan habuan kepada rakyat bawahan tidak ada,saya sendiri tak faham, bayangkan jika saya presiden Umno hadir ke masjid dan orang kampong bertanyakan kepada saya mengenai kehilangan enjin jet , apa yang saya nak jawab.Kalau tanyakan orang Umno mereka akan kata bahawa kalau jet pun hilang takkan enjin jet tak hilang.Begitulah pemikiran orang Umno” jelas beliau lagi
Dalam ceramah yang di adakan di perkarangn rumah beliau, di Cherok Tok Kun , Anwar juga membidas sikap kerajaan yang mementingkan golongan tertentu dan melakukan perbelajaan secara tidak bertanggungjawab membeli sesuatu benda , namun dalam masa yang sama pula tidak mengambil sikap membantu golongan bawahan.
“Kerajaan seringkali bercakap mengenai ekonomi, namun enjin jet pun hilang, beli kapal selam pun ada komisyen,sebab itu kes ini sampai sekarang siasatan masih belum menemui puncanya”, di sambut gelak ketawa orang ramai yang hadir.
Beliau kemudiannya menjelaskan mengenai isu penggunaan nama Allah yang sedang hangat di perkatakan sekarang ini. Menurut Anwar , isu ini sengaja di perbesarkan supaya menutup kes yang lebih besar yang sedang di ungkit rakyat ketika ini. Kes Teoh Beng Hock, Kes PKFZ, kes Enjin Jet hilang, sehinggakan kerajaan kini dilihat sentiasa sahaja ada masalah dan cuba pula untuk melindunginya. Pakatan Rakyat jelas beliau mahukan sisatan yang telus dan jika perlu di tubuhkan suruhanjaya di raja mengenai sesautu kes maka elok di laksanakan demi memberi jawapan yang benar kepada rakyat.
“Islam bukan tujuan untuk menghina agama lain , islam membantu yang susah ,membenteras rasuah, Negara hukum ,menolong yang tidak mampu,adil,saksama ,dan bukannya membakar tempat ibadat orang lain ,dan kini satu dunia sekarang mengutuk Malaysia sekarang , kerajaan dan rakyat Malaysia di katakana tidak beradap.Islam di lahirkan untuk membantu satu sama lain,.Apakah hebatnya kita membakar satu dua gereja,hebatkah kita jika kita membakar tempat ibadat orang lain, ” kata Anwar lagi.
Rakyat kini sedang menuntut perubahan minda kita(PR), betul kita cuba untuk mengambil alih Negara, namun dalam masa yang sama juga menurut Anwar , rakyat menyampah dengan apa yang pemerintah sedang lakukan. Rakyat ,kata beliau terutamanya kaum cina yang menyokong Pakatan Rakyat kini lebih terbuka kerana media mereka kini lebih terbuka dan ramai pula yang menggunakan dan mendapat ekses internet bagi mendapatkan maklumat yang tepat.Maka kerana itu, semua penyelewengan dan sandiwara yang di lakukan kerajaan , rakyat akhirnya menempelak kerajaan kembali.Malu kita jika perkara ini masih ada yang tidak celik untuk memikirkan dan melakukan perubahan .
“Jika saya kaki menyamun,perompak,kaut keuntungan,sapu apa yang saya berkesempatan, rakyat boleh tolak saya, kenapa kaum tionghua kini menyokog kita ? kerana mereka tahu jika kita di beri amanah, kita tidak akan mempersiakan amanah yang di beri rakyat.Anak –anak muda kaum Melayu juga harus sedar betapa mereka kini perlu perubahan minda untuk memikirkan lebih jauh kehadapan.Jika saya di caci, saya maafkan, namun ini soal negara kita , masa depan Negara kita ”jelas Anwar lagi.
Kerajaan menurut Anwar melaungkan slogan yang mengutamakan rakyat, namun kita lihat bagaimana nasib penanam padi,di Kedah, di Kelantan dan beberapa negeri lain.Kerajaan, kata beliau jika mahukan perniagaan dan keuntungan, kenapakah menaikkan harga gula ,siapa yang untung jika harga yang sebegitu pun hendak di kenakan kepada rakyat. Cuba kerajaan fikirkan perkara lain yang lebih baik dari menaikkan harga gula.Bila kaum cina dan india sokong kita , berbagai tanggapan di katakan kepada saya. Dulu saya ejen yahudi, ejen cina, dan sekarang ejen kristian pula.Namun inikah sikap kita apabila menghadapi perkara sebegini? Soal Anwar
Di Selangor, kita banyak selesaikan masalah rakyat,Kita cuba sebaik mungkin.Kita perintah 6 bulan perubahan kita buat sekurang-kurangnya. Bezanya antara kita dengan Umno/Bn ini ialah bezanya kerana kita lebih prihatin kepada rakyat.
“Saya kini penasihat ekonomi Selangor.InsyaAllah kita atur program pelaburan yang baik.Semua boleh melabur, tetapi kekayaan rakyat punya, Saya berjanji untuk bantu semua kaum.Kaum Melayu ,kaum Cina dan Kaum India. Apa guna sentiment agama,buatlah program,bukan cari musuh, benci kaum, inilah satu Malaysia,semua kes tutup.Ada pula pendakwaan yang berbeza satu untuk orang miskin dan satu kaya, berbeza.Dunia melihat semua ini” kata Anwar.
MALU JIKA KERAJAAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB
OLEH: AMIRULSHAHIR