Harapan TUDM adalah sebelum perolehan pesawat MRCA (pesawat tempur pelbagai peranan) yang baharu, TUDM perlu menentukan pesawat-pesawat yang ada dalam inventori ini (Hornet) dapat melaksanakan tugasnya seperti yang diperlukan.
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) masih menaruh harapan untuk memiliki pesawat pejuang F/A-18 Hornet milik Kuwait, walaupun negara Asia Barat itu kini menaik taraf jet berkenaan berikutan kelewatan tiba pesawat F/A-18E/F (Super Hornet) yang dibeli mereka.
hasil lawatan nanti akan menentukan jumlah sebenar pesawat yang diperlukan, berbanding perolehan yang dirancang iaitu 33 pesawat F/A-18C/D milik Kuwait yang masih dalam keadaan baik serta mempunyai waktu jam operasi yang rendah berbanding pesawat Hornet TUDM sedia ada.
No comments:
Post a Comment