SPRM menjangkakan laporan forensik berhubung video dakwaan rasuah melibatkan beberapa Adun di Sabah berkaitan isu pelesenan lombong mineral dijangka diperoleh dalam tempoh seminggu lagi.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata ketika ini, pihaknya sedang melakukan penelitian rapi terhadap semua 10 klip video terbabit.
“Laporan forensik babitkan 10 rakaman Adun Sabah itu sudah ada. Saya jangka dalam seminggu lagi akan keluar laporan.
“Semua pihak bertanya kenapa lambat dan sebagainya, saya sendiri tidak mahu berlaku kelewatan.
"Ia memerlukan sedikit masa kerana bukan hanya ada satu tetapi 10 video," katanya pada persidangan antirasuah Asia Tenggara di Putrajaya, hari ini.
No comments:
Post a Comment