MENJADI HEEO MENJELANG PILIHANRAYA.


 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyindir segelintir bekas pemimpin yang kini muncul sebagai ‘hero rakyat’ menjelang PRN Sabah, sedangkan ketika berkuasa dahulu mereka gagal melaksanakan tanggungjawab.






Katanya, ramai yang kini galak menuding jari, tetapi tidak bertindak semasa diberi kuasa. Beliau menegaskan kuasa bukan untuk memenuhi kepentingan diri dan keluarga, sebaliknya wajib digunakan untuk membela rakyat.


Anwar turut memaklumkan Kerajaan Persekutuan terus memberikan perhatian kepada pembangunan Sabah, termasuk peruntukan tertinggi dalam sejarah – RM6.9 bilion untuk Belanjawan 2026, serta pemberian khas interim RM600 juta di bawah MA63.


Beliau menyeru pengundi menilai rekod dan keikhlasan pemimpin, bukan hanya janji ketika pilihan raya.


Sumber: Awani



No comments: