Kerajaan bersetuju untuk mendahulukan pembayaran insentif pembajakan padi sebanyak RM200 kepada 240,000 pesawah berdaftar.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Tindakan Ekonomi Negara yang diadakan hari ini.
Pembayaran wang pendahuluan itu bagi menampung kos awal seperti penyewaan jentera serta kerja-kerja membajak, supaya pesawah boleh terus menjalankan kegiatan penanaman padi.
Langkah ini juga adalah sebahagian daripada bantuan khas pesawah yang sebelum ini telah dinaikkan daripada RM160 kepada RM300 sehektar, seperti diumumkan pada April lalu.
“Mesyuarat tadi dalam Majlis Tindakan Ekonomi Negara, bersetuju untuk membayar wang pendahuluan iaitu Kadar Khas Insentif Pembajakan kepada pesawah kerana mereka terpaksa sewa mesin bajak dan program pembajakan itu mesti diteruskan. Tetapi mereka perlukan modal.
“Oleh itu kita berpendapat lebih baik diberikan pendahuluan RM200 supaya mereka boleh terus bergerak menjalankan kegiatan penanaman padi.
“Implikasi kewangan adalah sebanyak RM48 juta, dan ia akan memberi manfaat kepada 240,000 orang pesawah berdaftar,” katanya dalam sidang media khas hari ini.
No comments:
Post a Comment