Alhamdulillah. Terima kasih kepada JPS Kelantan dan Pejabat Ketua Jajahan Pasir Mas atas kepercayaan menjemput kami sebagai sebahagian daripada peserta dalam Mesyuarat & Bengkel Cadangan Pembinaan Lencongan Sungai Lanchang Lemal (PLSB Sungai Golok Fasa 1).
Ini bukan sekadar mesyuarat biasa.
1. JK Bertindak Banjir Rantau Panjang kini diiktiraf sebagai salah satu pemegang taruh.
2. Akhirnya suara rakyat bawahan mula didengari dalam meja perbincangan rasmi
3. Kita meraikan perbezaan pandangan, bukan menolaknya
4. Usaha ini membuka ruang untuk formula alternatif bagi menangani isu banjir di Rantau Panjang, Pasir Mas dan Tumpat.
5. Masa untuk berganding bahu, bukan berpolitik semata-mata. Ini adalah permulaan kepada pendekatan yang lebih inklusif — di mana pengalaman rakyat di lapangan diberi nilai dalam merangka solusi sebenar.
Terima kasih Malaysia MADANI.
Terima kasih Kerajaan Negeri Kelantan.
Terima kasih PETRA.
Terima kasih PMX.
Semoga usaha ini benar-benar membawa perubahan yang ditunggu sekian lama oleh rakyat di kawasan sempadan.
4.5.2026
Lawyer Wan
Next....
No comments:
Post a Comment