Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan mengecam sekeras-kerasnya tindakan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias yang mendesak Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dipanggil bagi mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar. Ketuanya, Mohamad Hamizan Mohd Bahtiar berkata, tindakan itu bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah jelas merupakan percubaan terancang untuk menggugat kestabilan politik negeri melalui pintu belakang. Menurutnya, walaupun berselindung di sebalik alasan perundangan, hakikatnya ia adalah gerakan politik oportunis yang langsung tidak menghormati semangat Kerajaan Perpaduan. Malah, dakwa beliau, tindakan itu juga hanyalah menyerlahkan lagi sikap UMNO Negeri Sembilan yang menderhaka kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawiryang telah bertitah agar Menteri Besar terus menggalas tugas seperti biasa. “Lebih memalukan, kenyataan ini bercanggah secara terbuka dengan pendirian rasmi Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang sebelum ini menegaskan sokongan berterusan terhadap Kerajaan Perpaduan. “Sikap bercelaru ini membuktikan wujudnya krisis kejujuran dan ketidakselarasan dalam kepimpinan UMNO Negeri Sembilan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Sebelum ini, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, Datuk MK Ibrahim Abd Rahman digesa untuk mengadakan Sidang Khas DUN supaya undi tidak percaya dapat dilakukan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun. Menurut Jalaluddin, pihaknya sudah menghantar surat supaya Sidang Khas DUN itu dibuat secepat mungkin untuk memastikan krisis di negeri itu tidak berpanjangan. Sementara itu, Mohamad Hamizan mendakwa, gerakan tersusun antara UMNO dan Perikatan Nasional (PN) di negeri itu semakin jelas dengan niat untuk merampas kuasa tanpa mandat rakyat. “Ini bukan lagi sekadar ‘tebuk atap’, tetapi cubaan ‘tebuk kapal’ yang boleh menenggelamkan kestabilan politik Negeri Sembilan,” katanya. Sehubungan itu, tambahnya, AMK Negeri Sembilan menegaskan bahawa sebarang usaha untuk memanggil Sidang DUN atas dasar kerakusan kuasa tidak harus dilayan sama sekali. – MalaysiaGazette
SIDANG KHAS UNDI TIDAK PERCAYA! IMPIAN JATUHKAN MB KERAJAAN N9!

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment