ISO 14001 NI UNTUK SYARIKAT. BUKAN MANUSIA - PAS dan Calon Sg Bakap Tanpa Kaliber Akademik: Apa Ceritanya?





✍️ Saiful Nizam 


Kadangkala kebodohan sukar ditutup, lebih lagi apabila ada yang cuba mahu menonjolkan kelebihan tetapi semakin jelas ketara kebodohan yang ditayang!


Penamaan calon hanya akan berlaku pada 22hb Jun 2024 nanti tetapi Kerajaan Perpaduan dan Perikatan Nasional sudah membuat pengumuman calon yang bakal bertanding.


Namun ada persoalan besar..


Adakah PAS sengaja letak calon yang tak setanding langsung dengan calon dari perpaduan? Mungkinkah PAS nak bagi calon perpaduan menang supaya laluan PAS untuk menyertai kerajaan lebih mudah? Semakin kuat ura-ura yang sebut PAS akan buat u-turn dan sokong PMX.


Atau adakah PAS memang dah tak ada calon yang hebat, terutama dari segi kelulusan, pendidikan, dan pengalaman dalam pentadbiran? Adakah PAS ketandusan orang yang boleh diangkat sebagai pemimpin?


Lebih lagi PAS seperti menembak kaki sendiri dengan secara tidak sengaja melondehkan kekurangan calon mereka apabila menegaskan calon mereka mempunyai ISO 14001 tetapi tidak sedar bahawa ia hanya terpakai untuk syarikat, bukan individu.


Ini menunjukkan pimpinan PAS yang ada sebenarnya tak tahu apa-apa tentang pentadbiran dan hanya membawa negara ke arah kemunduran. Masih ada masa untuk PAS buat lawak terkejut untuk menukar calon sebelum 22hb.


Apakah Bersatu pula akan balas boikot kempen Sg Bakap sebagaimana yang PAS lakukan di Kuala Kubu Bharu tempohari?


Takdir..


#RakyatBijak #PilihPerpaduan



No comments: