KISAH PARALLEL PATHWAY. NI KOT 6 JAHANAM YANG DI SEBUT OLEH DR FARIDAH TU.



 Dato Zainal Omar mungkin dah lama tak get in touch dengan situasi pendidikan program kepakaran sekarang kot, sebab tu join sekapal geng yang nak hancurkan paralel pathway. Saya nak kritik sikit tulisan dato di Code Blue.



1. Program kepakaran luar negara mesti diiktiraf di negara mereka sendiri.


Siapa cakap tak diiktiraf? Jangan pening dato. Kelayakan tersebut diiktiraf sebagai exit exam kepakaran. Untuk menjadi pakar di sana pula, ia memerlukan tambahan komponen iaitu dengan menunjukkan tahap kompetensi. Ia dicapai melalui penilaian di tempat kerja. Ada beberapa kaedah yang dijalankan termasuklah penyeliaan dalam melaksanakan prosedur, perbincangan kes klinikal, maklumbalas dari rakan sekerja, penilaian berkala dengan penyelia dan lain-lain. Benda ni sama ja dengan program master dekat Malaysia. Bukan semata-mata berdasarkan peperiksaan ja. Jika tak diiktiraf, tak da lah ramai calon paralel resign dan kerja di UK.


2. Program paralel tiada latihan cukup dan menyalahi akta perubatan 1971 (akta 50) (pindaan 2012).


Mungkin dulu, ada masalah “fast track” di mana calon lulus exam sahaja terus dapat jadi pakar dan ia memang menimbulkan kegusaran dalam kalangan doktor lain. Tapi sekarang, majoriti program latihan dah ada struktur sendiri dato. Untuk perubatan dalaman, sekurang-kurangnya 4 tahun latihan. Untuk perubatan kecemasan sendiri perlu sekurang-kurangnya lima tahun (extra setahun berbanding master). Malah program paralel kardiotorasik juga mempunyai struktur mereka tersendiri. Kalau mereka bodoh-bodoh lulus FRCS(ed), tak kan ada dinasour bagi cadangan nak harmonikan kelayakan mereka dengan proses pemindahan kredit.


Selain latihan waktu program, setiap graduan paralel juga perlu menjalani sesi gazzetment minimum 6 bulan untuk memastikan tahap kecekapan mereka.


Isu jadi pakar segera tak timbul dato. Ambil contoh saya. Tahun ni adalah tahun ke 13 saya bergelar doktor dan ada 10 tahun pengalaman di Jabatan Kecemasan. Saya telah lulus FRCEM setahun yang lalu beserta ada fellowship special interest group dalam bidang wilderness medicine. Tapi, saya belum jadi pakar sah lagi kerana belum menamatkan latihan di ‘hospital tertiary’ seperti yang tertakluk dalam struktur program latihan kepakaran paralel. Di mana masalah tak da latihan seperti yang dato hebohkan?


3. Tiada regulasi program kepakaran


Maka sebab itu, KKM telah bekerjasama dengan Akademi Perubatan Malaysia untuk melakukan regulasi dan menetapkan standard untuk program kepakaran. Bawah Akademi Perubatan Malaysia, ada pelbagai kolej yang mewakili kepakaran. Tak kan nak bagi majlis profesor yang pengerusi dah pencen tapi masih gila guna gelaran nama profesor selesaikan benda ni kan. Jadi tepatlah, pihak akademi yang diberi tanggungjawab ni.


Kebanyakan kolej di bawah akademi telah mengeluarkan standard untuk latihan kepakaran dalam bidang masing-masing termasuk paralel pathway.


4. Perlu pengiktirafan MQA


CEO MQA, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran, telah menjelaskan di media (bahkan ada hitam putih terdahulu tentang hal ini) bahawa MQA hanya terlibat dalam program akredetasi di universiti tempatan dan tidak terlibat dalam membuat sebarang pengesahan atau akredetasi untuk paralel pathway. MMC adalah badan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah ini.


5. program paralel hasilkan pakar tidak berkualiti


Dato sekali lagi bercakap tanpa fakta. Cuba bagi berapa rekod kes mismanagement disebabkan pakar paralel berbanding pakar keluaran master?

Lagipun, program master jauh lebih muda berbanding program paralel. Lebih ramai pakar dihasilkan melalui program paralel sejak sekian lama termasuklah geng yang buat program master tempatan. Adakah mereka semua tak berkualiti?


6. Dato pernah memegang jawatan penting dalam kementerian dan MMC.


Isu ni isu lama. Kenapa sejak zaman dato pegang jawatan, tak pernah cuba selesaikan isu ni? Kenapa bila dah pencen, baru nak melenting?


7. Individu yang tak dipanggil, adalah orang penting dalam pendidikan perubatan?


Ye ke dato? Yang bangkrapkan universiti hingga gelapkan masa depan pelajar perubatan dan ribuan staf tu termasuk juga ke? Tapi kita move forward, boleh ja bagi mereka peluang. Tapi janganlah hentam program orang lain kalau program mereka sendiri baru bermula, tiada graduan dan tiada bukti berkualiti.


Apa-apa pun, selamat hari Raya Dato. Maaf zahir dan batin.


Dr Muhamad Na'im Ab Razak

MD (USM) MRCEM (UK) FRCEM (UK) FEWM FAWM.


Dah lulus exam tapi belum jadi pakar.



No comments: