GURU INI MEMBANTU PELANCONG TAIWAN.




 PASANGAN Taiwan yang menghadapi situasi cemas apabila tayar motorsikal mereka pancit di tengah jalan di kawasan pedalaman (Jalan belakang Keningau-Tawau) Sabah terharu menerima bantuan yang tidak disangka-sangka oleh seorang lelaki budiman.

🔷 Zoe, vlogger wanita itu mengatakan dia hampir menangis apabila ditolong tanpa diminta sebarang balasan. Motorsikal mereka diangkat menggunakan kereta 4WD milik lelaki itu dan di bawa ke pekan Nabawan.

🔶  “Mengapa mereka mahu membantu saya? Mengapa mereka mahu membantu saya? Saya hampir menangis,” katanya sebak dalam video tersebut.

🔶 “Mereka telah memandu setengah jam ke tempat kerja, kemudian memandu setengah jam lagi untuk membantu kami, dan sekarang mereka perlu memandu balik satu lagi setengah jam. Mereka benar-benar tidak mementingkan diri,” kata Zoe.

🔷 Apabila hendak membalas budi lelaki itu, Zoe menghulurkan wang namun lelaki itu hanya tersenyum dan dengan lembut menolak dengan baik.

🔶 "Tidak mengapa kerana kami orang Malaysia! Anda orang asing dan memerlukan bantuan. Ingatlah, saya dari kampung ini!” katanya.

_

Setelah mencari siapa gerangan lelaki ini, beliau adalah Cikgu Martin Majin. Terima kasih cikgu memberikan contoh pekerti yang terbaik.

.

"Cikgu Martin Majin tu dalam gambar....sebelum pindah ke KV Keningau, iya mengajar di KV Betong Sarawak dan KV Labuan....memang seorang yang sangat baik hati...pernah membantu di Tadika St Anne (Sekolah Mubaligh Kindergarten) untuk welding gate pagar walaupun dia seorang muslim....salah satu contoh masyarakat borneo yang hebat" - Tulis Sylvester Binson