NASIHAT YANG BAIK. JANGAN DOM PERLI ORANG SUKA HATI



Pendakwah Teknology




 Saya ada terbaca komen ni yang ditulis oleh seorang individu. Komen ni secara amnya memerli aktiviti yang dibuat oleh kerabat diraja. Nasihat ikhlas saya kepada rakan-rakan sekalian, janganlah tulis komen sebegini. Ia akan mengundang masalah yang sangat tidak berbaloi untuk diri anda.


Saya faham kita sebagai manusia ada perasaan tak puas hati dan sebagainya dan kita ingin meluahkan rasa tidak puas hati tersebut. Tapi fikirkanlah sebaik mungkin, tak berbaloi kalau anda kena tangkap sebab isu 3R, ia akan menyusahkan anda. Hanya disebabkan komen yang suka-suka, ia boleh mendatangkan masalah pada diri anda. Kalau salah tarikh, tempat dan lokasi, anda mungkin kena habiskan masa, tenaga dan wang. Sangat tak berbaloi untuk satu komen atau posting, melainkan ada isu yang anda nak perjuangkan. 


Saya berikan nasihat ni sebab saya sendiri dah pernah kena. Sampai satu masa saya terfikir "untuk apa?...."



No comments: