MUSUH HANYA KERANA PERBEZAAN DAN PERSAMAAN DALAM POLITIK.


Amin Ahmad


 Dalam perbualan dengan rakan-rakan, saya sering beritahu masuk politik ni kita mencipta musuh secara tiba-tiba. Hanya kerana mereka lawan politik kita. Kebanyakan kenal pun tidak. 





Dalam parti sendiri pun ada politiknya. Kadang lebih dahsyat lagi. 


Itulah realiti sepak terajang politik. Realiti itu jugalah yang menjarakkan ramai orang baik dan pintar daripada menyertai parti. Bukan semua orang mahu berpolitik cara itu. 


Asyraf Wajdi mungkin berbeza parti dengan saya. Ada juga pandangannya yang saya tidak setuju dan pernah sanggah dulu. 


Beliau berusia sedikit daripada saya. Ketika beliau memimpin Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), saya baru mengikuti Tamrin Qiyadi PKPIM dan menjadi SU PKPIM di UPM. Sejarahnya PKPIM dan ABIM telah melatih ramai pemimpin dan aktivis yang ada dalam PAS, UMNO dan KEADILAN malah parti-parti lain. 


Saya percaya beliau berbakat dan ada kekuatan tersendiri. Ramai rakan yang sempat bersama dan berada di lapangan berbeza boleh mengakui hal ini. Bukan kerana sempurna, tetapi boleh diharap dan dipercaya. 


Namun realiti politik bagi beliau juga tidak mudah, apatah lagi di negeri asalnya Kelantan. Beliau tidak perlu gusar. Sirah memang menunjukkan Nabi s.a.w. sendiri lebih diterima dahulu di Madinah sebelum kembali ke Mekah. Benih baik campak ke laut menjadi pulau, campak ke darat menjadi gunung. Mudah-mudahan.




No comments: