Che Ibrahim}
Perbuatan merogol, merakam dan menyebar perbuatan tersebut adalah satu jenayah yang tidak boleh dimaafkan. Tidak ada akal yang sihat akan membela perbuatan tersebut.
Namun begitu, hak hak mereka sebagai manusia spt makan minum, tidur, mandi, beribadat dll tidak boleh dinafikan walaupun selepas mereka disabit kesalahan, apalagi dalam tempoh siasatan atau tahanan reman.
Ketika Maiz yang mengaku berzina menjalani hukuman rejam, ada seorang sahabat telah terkena percikan darah Maiz yg tersembur keluar akibat dilontar dengan batu, lalu sahabat tersebut telah "mengeji" Maiz dengan kata kata yang menghina, namun Rasulullah saw telah menegur perbuatan tersebut.
Perbuatan jahat mereka tidak boleh menafikan hak mereka termasuk hak untuk menduduki peperiksaan SPM. Mereka mungkin boleh dilucut hak belajar di sekolah kerajaan @ buang sekolah, tapi hak mereka utk belajar dan mengambil peperiksaan, setakat ini tidak ada undang undang yang menghalang.

No comments:
Post a Comment