Ucapan Anwaar Ibrahim di Majlis Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabata...



Sewaktu berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri semalam, saya singkap dalam setiap pengalaman yang kita lalui, tersimpan pelajaran berharga yang membentuk kebijaksanaan dan kematangan kita sebagai sebuah kerajaan serta sebagai penjawat awam. Kita belajar daripada kesilapan, kita dengar suara rakyat, dan kita berani melakukan perubahan kerana tujuan kita jelas adalah memperkukuh tadbir urus, membanteras ketirisan, menentang rasuah, serta mengekang penyeludupan yang merugikan negara. Saya berdiri teguh memberikan sokongan penuh kepada semua badan penguatkuasaan yang berani bertindak tanpa gentar. Jangan takut dengan tekanan, jangan tunduk pada kuasa. Tiada sesiapa yang kebal di sisi undang-undang. Integriti mesti kekal sebagai nadi dan roh dalam setiap perkhidmatan awam. Kita juga harus insaf bahawa kekuatan negara bukan hanya bergantung pada ilmu dan kepakaran, tetapi pada nilai moral serta prinsip etika yang menjadi panduan dalam setiap tindakan dan keputusan. Marilah kita terus bekerja dengan tekad dan kejujuran, menjunjung amanah yang diberikan rakyat, demi keluarga, masyarakat dan masa depan Malaysia yang bersih, berintegriti dan bermaruah.


No comments: