MELUDAH KE LANGIT
Tuituman ketika mencelah soalan tambahan kepada PM semasa PMQ bertanya sejauh manahkah boleh dipercayaI dengan Israel, beliau cuba menyentuh tentangan kesungguhan usaha Malaysia untuk selamatkan Palestin sampai jemput Donald Trump.
Untuk menyatakan keraguannya kepada Israel dan mengingatkan sikap bani itu Tuituman petik ayat Quran surah al Baqarah ayat 100 mencerita golongan yang mungkir janji dan tidak boleh dipercayai. Macamlah orang lain tak reti.
Cara Tuituman bertanya itu semacam hendak menempelak PM saja. Sebelum Tuituman nak tempelak PM dan kutuk Israel, cuba chek diri sendiri dulu, rasanya banyak kali juga Pas memungkiri janji ianji kerjasama politik sebelum ini, terbaru dengan Umno robohkan MN kemudian buat PN secara songsang.
Tidakkah Pas juga termasuk dalam golongan seperti dimaksudkan dalam surah al Baqarah ayat 100 itu. Tuituman jangan sembarangan petik ayat Quran nanti terkena ke batang hidung sendiri. π€Trims.
No comments:
Post a Comment