
Kes pembunuhan pelajar perempuan di Bandar Utama, Petaling Jaya dalam siasatan polis dari pelbagai aspek. Foto Saddam Yusof
PETALING JAYA, 14 Okt – Polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan pelajar yang ditikam di sebuah sekolah menengah di Bandar Baru, di sini, hari ini, menolak luahan perasaan suspek.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, dakwaan berkenaan tersebar di media sosial dan ia turut berada dalam siasatan lanjut pihaknya.
Bagaimanapun katanya, perkara berkenaan perlu disiasat secara menyeluruh dan teliti.
“Proses siasatan masih lagi berjalan dan dilakukan secara menyeluruh namun apa sahaja maklumat perlu diteliti dahulu,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu media melaporkan, pelajar lelaki berusia 14 tahun yang menikam pelajar perempuan berusia 16 tahun sehingga mati di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, di sini, dikatakan meluahkan perasaannya kepada mangsa malam tadi, namun ditolak.
Perkara itu didedahkan seorang pelajar di sekolah sama, sambil menyatakan daripada apa yang didengari, suspek dikatakan marah selepas pengakuan perasaannya kepada mangsa ditolak.
Media hari ini melaporkan, seorang pelajar perempuan maut dipercayai ditikam pelajar lelaki.
Shamsudin dilaporkan berkata, mangsa cedera ditikam di bahagian badan dengan beberapa tikaman dipercayai menggunakan senjata tajam.
No comments:
Post a Comment